“Tahniah Uwais, kalau ibu ada mesti dia paling gembira kan”

Sejak arw4h ibunya masih ada, dialah orang yang paling menyokong hobi anak sulungnya, Uwais Al Qarni bermain sukan golf.

Bahkan, Allahyarhamah Siti Sarah pernah berkongsi anaknya mengikut ayahnya, Shuib dan atuknya, Raissuddin Hamzah ke padang golf. Tidak hairanlah jika skill bermain golf anaknya semakin baik.

Ketika di Langkawi baru-baru ini juga, Uwais tidak melepaskan peluang bermain golf di sana.


Terbaru, Shuib memuatnaik beberaoa keping gambar yang memaparkan anak sulungnya bersama trofi yang dimenanginya. Menurut Shuib, ini merupakan penyertaan anaknya yang kedua sejak aktif dalam sukan golf.

Ternyata Uwais berjaya membuktikan kehebatannya apabila dinobatkan sebagai juara bagi tournament kali ini. Rata-rata warga maya menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan Uwais dalam kejohanan tersebut.

100 hari selepas pemergian arwh Siti Sarah, akhirnya siapa yang jadi ibu susuan Ayash Affan didedahkan

Pejam celik rupanya sudah pun berlalu 100 hari sejak pemergian penyanyi kesayangan ramai, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Manakala anak bongsunya, Ayash Affan pula kini dah memasuki usia 3 bulan. Sewaktu majlis bercukur si kecil itu diadakan tempoh hari, jelas kelihatan kasih sayang yang dicurahkan kepadanya oleh ahli keluarga lain.

Beberapa nama rakan artis disebut jadi ibu susuan…Tapi Shuib lebih selesa kalau keluarga sendiri

Sebelum ini, beberapa nama rakan artis sempat disebut orang ramai untuk dijadikan ibu susuan kepada Ayash.

Walau bagaimanapun, Shuib menjelaskan adalah lebih lebih selesa jika individu tersebut tergolong daripada kalangan keluarga sendiri selepas mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari segi agama.

Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri ‘ibu’…Ayash pun anak aunty

Teka-teki siapakah gerangan ibu susuan kepada si kecil berkenaan akhirnya terjawab menerusi satu perkongsian video TikTok.

Nur Hidayah Abdullah yang juga merupakan ipar kepada Allahyarhamah mengakui telah susukan Ayash. Tidak dilahirkan dari rahimnya, wanita itu mengakui lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ meskipun cukup kekok di hadapan keluarga besar.

Ramai sayang Ayash, muka pun dah ada iras-iras ibu… Bila tengok dia teringat dekat Allahyarhamah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu mengenang nasib si kecil berkenaan. Malah ramai yang mengakui bertambah rindu kepada Allahyarhamah tatkala memandang wajah Ayash Affan.

 

Sumber: Keluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*