
PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi video pada orang ramai selepas dia mendapat popcorn bertih jagung daripada seseorang sebagai ganti rugi akibat keretanya rosak dipercayai dilanggar lori.
Apabila berlaku satu i.nsiden di mana seorang pemilik kereta melanggar kereta pemilik yang lain tanpa sengaja, pasti mereka akan cuba menyelesaikan dengan cara yang baik.
Menerusi perkongsian video oleh Cornesstochef di laman aplikasi TikTok, lelaki tersebut terkejut apabila ada orang meninggalkan sekeping nota beserta sebekas popcorn di cermin hadapan keretanya.
Berdasarkan video berdurasi 44 saat di TikTok semalam, selepas membaca nota yang ditinggalkan, dia terus melihat keadaan keretanya yang h.ancur dilanggar oleh individu terbabit.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa terkejut dengan keadaan kereta m.angsa yang disangkakan calar, tetapi sebenarnya keadaan kenderaan itu lebih teruk.
“Ini ganti dengan 100 popcorn pun tak dapat pulihkan hati abang yang remuk itu,” kata Matdan55.
“Saya pun terkejut, pergi bawa tulisan itu pergi cari detektif Conan ke? semoga awak sentiasa tabah,” Suhailabuseman.
VIDEO
“Ya Allah, itu bukannya lang.gar sikit, itu luka terk.oyak teruk, kalau kena hujan lama-lama tak baiki boleh karat,” Apihabusekam.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 163,800 tontonan dan 9,324 tanda suka di laman aplikasi TikTok.
Antara Reaksi Orang Ramai
Kena belanja sekilang popcorn kalau teruk mcm tu…sikit ker tu?.
Aku xthu nak gelak ke simpati.. Lahabau pnye popcorn jilakoi satu aprt pon xde barai atas jalan. mungkin keto ni hantu yopek lggar.
Kete apa la dia pakai smpai trkoyak kete member bertabah la.. sakit hati nengok. Xpe cari cctv ke dashcam le cari kete yg langgar tu.
Bersangka baik..dah lama keja.dian ni berlaku dan dh lama dia rakam..lupa nk upload..jadi sempat naik karat dan hilang semua serpihan lampu pecah blkg tu..tu la.. lain kali upload la cepat2.
Kalau nak jual pop corn, jual Aje la dgn ikhlas..jangan buat c.ontent macam ni..esok2 kalau orang langgar kereta kau, mintak maaf lepastu letak Aje la pop corn satu bekas..settle.
Sumber: Kosmo | OM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply