
Pelakon berkaliber, Jasmin Hamid meluahkan rasa terharu apabila orang ramai menitipkan doa buat perkahwinannya yang baru sahaja berlangsung, pada Jumaat lepas.
Menurut Jasmin, nafsu bukanlah faktor dirinya mendirikan rumah tangga, namun mendapat keredaan Yang Maha Esa dan keluarga terdekat adalah keutamaannya untuk berpasangan.
“Masya-Allah, terharu kerana ramai yang mendoakan kebaikan untuk rumah tangga baru saya. Terima kasih di atas doa dan ucapan.
“Setiap hamba-Nya dikurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Nafsu bukanlah faktor utama saya mendirikan masjid. Namun, saya ingin mendapatkan reda dan pahala Allah selepas berkahwin.
“Selain itu, ingin mendapat reda kedua ibu bapa suami saya dan pahala terbina masjid ini, saya sedekahkan buat arwah ibu bapa saya,” kongsinya di Instagram.
Di kesempatan itu juga, pelakon drama popular Cukup Derita Itu turut menzahirkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana telah mengirimkan seorang imam untuk membimbingnya ke syurga Allah.
Selain itu, dia berharap agar perkahwinan ini menjadi asbab untuk dirinya dan suami dapat mendekatkan lagi dengan pencipta.
“Syukur Alhamdulillah, Allah telah kirimkan saya seorang imam untuk membimbing masuk ke syurga Firdaus-Nya.
“Semoga dengan ikatan suci ini, adalah salah satu jalan untuk kami lebih mendekatkan diri kepada Allah,” katanya.
Sebelum ini, Jasmin selamat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Nazmir Abd. Rahman, pada tanggal 19 November lepas.
Sumber : Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply