Jasmin Hamid teruja kahwin lagi dengan anak teruna, sekali DSV beritahu kenapa dia terduduk dan termenung

BERITA perkahwinan pelakon Jasmin Hamid secara tiba-tiba dengan pengurus sendiri pada petang Jumaat lalu mengejutkan peminat dan rakan selebriti.

Turut melahirkan rasa teruja ialah jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang tersentuh hati dengan keikhlasan Jasmin mengejar kebahagiannya dalam berumah tangga.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, dia terharu selepas membaca laporan mStar berhubung perkahiwnan serba sederhana Jasmin, 47, dengan pasangannya Nazmir Abd Rahim yang berusia 35 tahun.

“Ia sangat menyentuh hati. Saya terduduk dan termenung selepas membaca berita tentang Jasmin Hamid.

“Sekarang ni musim janda mengawan ke?” kata Vida ketika dihubungi mStar.

Vida sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dia dan bekas pembantunya, Ahmad Iqbal Zulkefli mencetuskan beberapa siri kontroversi berbekalkan cerita cinta mereka.

Bagaimapun kisah percintaan mereka tidak bertahan lama selepas Iqbal membatalkan hasratnya untuk memperisterikan Vida.

Terdahlu menerusi laporan mStar pada Sabtu, Jasmin berkata tiada keperluan untuk meminta hantaran mewah daripada suaminya itu selain enggan membebankan pemuda berkenaan.

Ia sangat menyentuh hati. Saya terduduk dan termenung selepas membaca berita tentang Jasmin Hamid.

Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmir selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.

Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Jasmin Hamid tak pernah jangka dapat kahwin lagi dengan anak teruna, buka cerita kenapa hanya minta hantaran keperluan solat

SELEPAS sehari bergelar isteri kepada pengurus sendiri, pelakon versatil Jasmin Hamid berkata dia masih seperti bermimpi kerana tidak pernah menyimpan perasaan istimewa terhadap jejaka berkenaan.

Cerita Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 47, segala bermula selepas suaminya Nazmir Abd Rahim, 35, berkata mahu terus menjaganya lebih daripada seorang pengurus dan artis.

“Kami tak pernah bercinta, orang kata bercinta selepas kahwin saja. Lagi pun dia dah jaga saya selama lapan tahun sebagai PA (pembantu peribadi), dia tahu baik dan buruk saya.

“Dia kata daripada saya jaga akak ni sebagai artis, baik saya jaga secara halal. Dia panggil kakak tau… sebab kita awalnya macam adik dan kakak.

“It’s not easy for me. Sebab sebelum ni saya tidur sendiri sekarang saya kena share everything. Dia tahu saya ni macam harimau, jadi dia je dapat jinakkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmin selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Jasmin Hamid bersyukur anak-anak dapat terima kehadiran orang baru bergelar bapa.

Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.

Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.

Rata-rata netizen juga memuji tindakan pelakon tersebut yang tidak membebankan suami dengan meminta hantaran yang tinggi sebaliknya memudahkan segala urusan.

It’s not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak

“RM80 tu saya ikut nilai di Wilayah Persekutuan dan minta sepersalinan alat solat sebab benda tu saya pakai.

“Kalau dia nak bagi cincin atau benda-benda lain, semua tu saya dah ada… saya tak pakai.

“Orang kata ukur baju di badan sendiri saya tahu kerja dia sebagai apa. Kalau dia nak ke level saya susah la untuk dia.

“Rezeki di tangan Allah, dia pun bukan datang daripada keluarga kaya. Malah kalau dia kaya sekalipun saya akan tetap minta itu juga,” ujarnya.

Nazmir menjadi pengurus karier Jasmin sejak lapan tahun lalu. Foto Ihsan Jasmin Hamid

Dalam pada itu mengulas mengenai pernikahannya ini, Jasmin bersyukur anak-anak dapat menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka sebagai bapa. Selain berasa gembira bergelar isteri dia akui terpaksa turut kepada suami.

“Anak semua okay sebab mereka kenal Nazmir. Mereka kata kalau mak happy, mereka pun happy. Family saya pun terima.

“Sampai sekarang saya tak percaya ni, aku tengok muka dia, dia tengok muka aku… lepas tu tanya betul ke ni?

“It’s not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak,” katanya.

 

Sumber: trendingsanga.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*