
Penyanyi Keena Mentor menasihatkan Baby Shima agar mengelak dari membuat kontroversi serta publisiti murahan dalam karier seninya.
Keena berkata, apa yang dilakukan oleh Baby Shima sedikit sebanyak turut tempias kepada artis lain termasuk dia yang menerima pandangan serong masyarakat.
“Baby Shima tiada kena mengena dengan kami yang dianggap artis sendu. Kami artis yang tak dikenali dan tiada nama dalam industri serta bukan bersandarkan kontroversi.
“Namun sedikit bakat yang Allah bagi untuk kami dimanfaatkan sebaiknya menerusi cara berlatih untuk maju ke depan dan diterima di TV dan radio. Artis lain yang gila kontroversi dan publisiti, tapi dibimbangi nanti orang lain pun anggap sama pada kami yang lain,” katanya lagi.
Menurut Keena, dia pernah ditanya bila mahu membuat kontroversi untuk dikenali ramai.
“Kontroversi apa, saya nak naik kerana bakat, minat dan hobi saya dalam bidang ini. Saya bukan dengkikan dia.
“Saya pun boleh kalau nak buat kontroversi. Apa tujuan dia buat kontroversi seperti bercium dan teguk minuman alkohol? Saya pun tak faham apa yang artis baharu nak sebenarnya.
“Artis baharu perlukah buat kontroversi untuk hidup dalam industri hiburan ini,” katanya.
Keena berkata, dia juga tidak menyukai tindakan Baby Shima yang mengutuk warganet sedangkan ada dikalangan mereka mengundinya ketika dia menyertai satu program realiti nyanyian.
“Orang ramai yang undi dia. Saya sendiri bangga dan berterima kasih kepada warganet yang undi saya. Mereka banyak beri sokongan.
“Pada Baby Shima, saya minta maaf. Saya tak suka bila awak kata warganet tak baik. Sebabnya warganet sangat sokong kerjaya kita.
“Cuma, apa yang mereka tak suka, janganlah buat. Contohnya menari, kerana tak semua orang suka kita menari macam itu terutama warga emas,” katanya.
Menurutnya warganet juga tidak suka benda-benda yang dianggap sampah. Apabila dia dah buat kenyataan, kenalah berani dan usah mengelak diri selepas itu. Artis lama tak buat begitu. Tiada masalah pun.
“Malah artis lama cukup berdisiplin. Kita kena tiru artis lama bersandarkan bakat mereka,” katanya.
Terdahulu, Baby Shima baru-baru ini menyentuh berkenaan tanggapan masyarakat yang membencinya tanpa sebab.Ada juga warganet yang menegur perbuatannya dan mengaitkannya dengan dosa dan pahala sehingga membuatkan dia mengalami tekanan perasaan.
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply