
Penglibatan pelakon, pen gacara dan pengarah, Datuk Khaidirah Abu Zahar dalam arena politik sememangnya menjadi perhatian ramai. Dia yang merupakan ahli majlis kerja tertinggi Umno telah memenangi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rim dalam pilihanraya negeri Melaka hari ini atas tiket Barisan Nasional.
Berdasarkan kep utusan yang telah diumumkan sebentar tadi, Dira, 37, telah berjaya meraih sebanyak 4,037 undi, meninggalkan pesaingnya, Azalina Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 2,710 undi dan B Prasanth Kumar daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 2,163 undi.
Pada 9 November 2021, menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Dira menyatakan yang penglibatannya bertanding untuk memenangi kerusi DUN merupakan satu langkah bagi mengikut jejak arwah bapanya, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar yang pernah bergelar ahli dewan undangan negeri Merlimau dan Sungai Rambai, Melaka.
“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini. Saya gagahkan diri men gambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.
“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju. Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua,” ujarnya.
Terdahulu, Perikatan Nasional Melaka tumbang apabila bekas ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi ahli dewan undangan negeri iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.
Sumber: Astro Awani & Instagram Dira Abu Zahar Via MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply