
Seorang lelaki warga asing dipercayai melarikan isterinya sendiri telah ditahan polis. Tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis telah pun dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada 10,30 malam pada Selasa lalu.
Terdengar jeritan
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, pengadu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan seorang perempuan dan dipercayai dilarikan dengan menaiki kereta Proton Satria di Jalan Bukit Kapar.
Bertindak di atas maklumat, pada 10 malam keesokan harinya, sepasukan polis ke Perak dan menangkap seorang lelaki warga asing dipercayai terbabit dalam kes berkenaan. Semasa tangkapan, mangsa didapati berada bersama suspek.
Ujarnya, siasatan mendapati, mangsa berumur 17 tahun dan suspek pula berusia 20-an. Kedua-duanya merupakan warga asing berasal dari negara yang sama dan telah berkahwin tanpa mendaftarkan perkahwinan mereka.
Ketika kejadian berlaku mangsa dipercayai menunggang motosikal dan kemudiannya ditahan oleh suspek yang menaiki kereta terbabit. Siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan perselisihan faham di antara mangsa dan suspek mengenai hal rumah tangga
Walau bagaimanapun, suspek direman selama 14 hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Sumber: Anak Jati Bukit Kapar, Harian Metro via Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply