
Seorang warga emas berusia 68 tahun me raih simpati wargamaya apabila terpaksa bekerja sebagai penghantar Grab Food demi menampung kehidupan.
Menerusi platform TkT0k, seorang pengguna danielashraf1370 berkongsi video warga emas tersebut yang sempat dirakam untuk tatapan umum.
“Kisah sedih hari ni, aku buat Grab Food terjumpa dengan seorang atuk berusia 68 tahun tapi masih kuat buat Grab.
“Baru dua bulan buat Grab. Sedih bila dia cakap dia buat Grab untuk sara hidup dia. Sebelum ni kerja bawa lori.
“Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk, teringat arwah atuk saya,” tulis pemuda tersebut di ruangan kapsyen.
VIDEO
Menerusi perkongsian pemuda itu lagi, difahamkan atuk tersebut menghantar pesanan di kawasan Damansara.
Di laman sosial Twitter pula, seorang wargamaya telah menghubungi pihak Grab dan TikTok untuk mendapatkan maklumat tentang warga emas tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut meraih rasa simpati dan prihatin wargamaya terhadap atuk yang masih kuat, gigih bekerja demi rezeki yang halal.
Rata-rata wargamaya mahu menghulurkan bantuan serba sedikit agar warga emas tersebut dapat menampung kehidupan hariannya.
Reaksi warganet
“Hana:Macam mana nak cari atuk ni ya? Sungguh tak tenteram hati bila mampu tengok je tapi tak dapat nak tolong”
“NanaSoffyaKhalieq11:apa lagi alasan orang muda untuk bermalas-malasan dan hanya mengharapkan bntuan orang lain? Im crying tengok atok ni. Semoga sentiasa dilindungi dari sebarang bahaya”
“Aliabangs:awak boleh bagitau tak atuk ni duduk mana, boleh tak tolong saya nak bantu sikit apa saya mampu, dia patut berehat bukan kerja berat dah”
“Lyana:Harap-harap tak dak la customer yang bising kenapa lambat?? kenapa tak boleh hantar sampai atas?? Order tak mau bayar..kesian tau”
“IDHAM:Ya allah…yang muda pon tahu beratnya/penatnya kerje rider. Tak kire bahaya lagi. moga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki”
“Nid Adam:Allahuakbar.. Patut jadi iktibar pada orang-orang muda yang malas kerja dan hanya suka dan berani jadi keyboard warrior je”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada warga TikT0k.
Belajar rasa syukur dengan apa yang ada pada kita
MEMANG menjadi lumrah manusia tidak pernah berasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Jika sudah memilik kereta, mereka berusaha untuk memiliki sebuah kereta lagi.
Begitu jugalah dalam hal-hal lain kerana selagi tidak tertunai, selagi itulah insan yang bernama manusia akan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati mereka.
Sebenarnya, perasaan tidak puas itulah yang menjadikan kita bersikap tamak. Benarlah seperti disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya dia mahu yang kedua dan sekiranya dia mempunyai dua lembah, nescaya dia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan ALLAH sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad)
Sebenarnya ALLAH SWT mencipta kita dengan sebaik-baik ciptaan dan setiap ketentuan seperti jodoh, ajal dan sebagainya sudah ditentukan sejak kita daripada dalam perut ibu lagi.
Berbaik sangkalah dengan ALLAH dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Menduga dan berburuk sangka terhadap pemberian ALLAH itu adalah satu dosa.
Teruskanlah kehidupan kita secara bersederhana dan paling penting berdoalah supaya kehidupan kita yang sederhana akan menjadikan kita insan yang bersyukur.
Sumber: gempak | sinar harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply