Bagai pinang dibelah dua.. Tahniah! Haqiem Rusli selamat bernikah bersama yang tercinta. Kenali siapa isteri Haqiem

Beberapa hari lagi penyanyi Haqiem Rusli akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Anis Sofea.

Gosip hubungan cinta antara Haqiem dan Anis Sofea bukan perkara baharu apabila netizen sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang bercinta.

Namun pada ketika itu kedua-dua mereka masih mengunci mulut sehinggalah baru-baru Haqiem berkongsi hasrat untuk berkahwin pada Jumaat, 19 November ini ketika muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 ABPBH34 Sabtu lalu.

Bagai pinang dibelah dua, rata-rata netizen memuji keayuan gadis berusia 19 tahun ini lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

Berikut adalah trivia bakal isteri Haqiem Rusli

Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri. Berumur 19 tahun, keluarga gadis ini berasal dari Kelantan. Anis Sofea menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Merupakan seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 41,000 pengikut di Instagram. Menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Anis Sofea mula bertemu dan berkenalan dengan Haqiem atas urusan perniagaan. Anis Sofea juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

Mereka berkawan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

Anis Sofea juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram. Buat masa ini dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.

Ruangan komen mula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen sejak Haqiem berkongsi berita berkenaan di ABPBH34 Sabtu lalu.

Ramai netizen memuji Anis Sofea kerana dikatakan mirip dengan wajah pelakon Hanis Zalikha.

Busana pernikahan mereka direka khas oleh Razman Razmi manakala pereka fesyen Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk menghasilkan pakaian untuk malam resepsi. Haqiem menghadiahkan sebuah lagu khas untuk bakal isterinya itu berjudul Hitam saksi putih.

“Lagu Hitam Saksi Putih menceritakan kisah saya dan bakal isteri. Hitam itu lambang kej.ahatan dan kehadirannya yang disifatkan sebagai warna putih banyak menyebar aura positif dalam diri saya.

“Si dia mengubah kehidupan saya dengan menitipkan banyak kata-kata nasihat. Saya sangat menghormatinya kerana si dia lebih matang daripada saya dari segi adab.

VIDEO

Sementara itu, mengulas pemilihan tarikh 19 November sebagai hari disatukan, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33 ini berkata, mereka mahu mengambil keberkatan hari Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, kad perkahwinan Haqiem dan pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri sudah pun diedarkan dan majlis resepsi bertemakan Seputih Salju itu akan dilangsungkan di pinggir ibu kota.

VIDEO

Sumber: Mstar | IG | AqoImran

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*