
KOTA KINABALU – Seorang wanita dikenali sebagai Wawa didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) pada 1 jun lalu.
Tertuduh, Nur Jawaheer Ismail atau lebih dikenali sebagai Wawa, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.
Wawa didakwa mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan menyebut perkataan ‘nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau’.
Jika sabit kesalahan, Wawa yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan boleh dihukum maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan wawa diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin tempatan bagi pertuduhan terbabit selain menetapkan sebutan semula kes pada 9 Disember depan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya DK Afiqah Alya dan Adibah Saiful, manakala tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.
Terdahulu, tular video wanita berkenaan memarahi dan memalukan seorang anggota polis lelaki di media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi termasuklah kecaman pelayar laman sosial.
Wawa kemudiannya ditahan polis pada 17 Jun lalu sebelum direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.
Polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.
Terdahulu…
“Kau Tanya Aku Siapa? Aku Wawa” – Wanita Maki Polis Di SJR Tular Di Media Sosial
Seorang wanita yang berasal dari Sabah tular di media sosial berikutan tindakannya memaki hamun anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) selepas disaman kerana cukai jalan dan insuran tamat tempoh.
Menerusi laman sosial Twitter, akaun Jabatan Netizen Malaysia berkongsi sebuah video wanita yang dikenali sebagai Wawa dari Wahid Enterprise ini untuk tatapan umum.
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan tiga orang anggota polis berdiam diri saat dimaki oleh wanita tersebut.
Difahamkan, Wawa yang turut tersenarai di dalam 100 Wanita Inspirasi Sabah Tahun 2021 ini menggunakan cukai jalan yang sudah tamat tempoh sejak Januari lalu.
Sementara itu di ruangan komen, makian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya. Rata-ratanya berasa kasihan melihat keadaan anggota polis berkenaan yang cuba untuk mengawal situasi.
Reaksi warganet
“PDRM boleh je keluar kan satu saman lagi kat dia kerana caci seorg pegawai berkuat kuasa. Tambah lagi caj. Biadap lagi, terus gari. Bawa ke Balai Polis Enterprise. Duk sana satu malam tunggu bicara. Berani dia,” komen seorang wargamaya.
“Taknak komen tapi haihh.. buat malu org pakai tudung je pakaiannya. Yang tak pakai tudung pun takdalah sampai macam tu,” luah seorang wargamaya.
“Roadtax mati bulan 1.. Kalau baru mati lain la cerita,” kata seorang wargamaya.
“Takat bawak lexus roadtax pun tak up to date (secretary/PA tak ada ke tolong buat kerja remeh mcm ni?) takyah nak sembang sombong lah kak,” tulis seorang wargamaya.
“Baju dia lagi ketat dari PKP 3.0,” ujar seorang wargamaya.
“Wahid Enterprise ni mesti lagi power dari Megah Holdings,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 22,000 tontonan dan 400 tanda suka daripada warga Twitter.
Sumber: kosmo online gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply