
ROMPIN: Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108 semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini malam ini.
Jenazah Allahyarham Mohamad Affendi, 31, dibawa ke tanah perkuburan pada jam 7.40 malam dan urusan pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan itu, selesai kira-kira sejam kemudian.
Terdahulu jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Pangkalan Udara Kuantan, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Redan Perdana di sini menggunakan laluan darat dan tiba sekitar jam 6.30 petang.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Besar Muadzam Shah, di sini yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman keluarganya untuk disembahyangkan.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Hujan renyai bermula sebaik sahaja jenazah Allahyarham yang diiringi konvoi TUDM dan pasukan keselamatan memasuki tanah perkuburan, sebelum berhenti sebaik sahaja kubur selesai dikambus.
Selesai bacaan talkin, Mohd Asghar Khan menyerahkan bendera TUDM kepada isteri Allahyarham Nurul ‘Izzati Shari, 31, disusuli istiadat menyiram air mawar dan tabik hormat penghormatan terakhir.
Mohamad Affendi meninggal dunia dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas pada 10.07 malam Selasa (16 Nov), semasa menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan pangkalan udara Butterworth.
Kejadian turut menyebabkan seorang lagi juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar, 33, cedera namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Terdahulu…
Wira negara terk0rban selepas pesawat Hawk TUDM terhempas
Seorang terbnuh manakala seorang lagi cedera apabila sebuah pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.
Bagaimanapun belum ada pengesahan mengenai identiti kru yang terbabit dalam kejadian jam 10.07 malam di landasan pangkalan udara berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam ciapan di Twitter memaklumkan beliau menerima berita kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
“Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jeneral Tan Sri Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 terhempas di Butterworth (malam) tadi.
VIDEO
“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang terkorban dalam kejadian itu.
“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.
Wira Negara Terkorban
Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, malam tadi.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Bukan mudah perjalanan menjadi seorang juruterbang, apatah lagi hendak bergelar juruterbang jet pejuang. Satu kehilangan besar bagi TUDM dan negara.
Sama² sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang² soleh.Al-Fatihah.
Damailah kau disana Wira Negara. Pemergianmu ditangisi jutaan rakyat Malaysia.
Kronologi pesawat Hawk TUDM terhempas, mendarat cemas sejak 1996
Berikut adalah kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1996.
18 Jun 1996 – Pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.
23 Julai 1996 – Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.
10 September 1998 – Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 yang dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.
2 Oktober 2000 – Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.
18 Disember 2003 – Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.
23 Jun 2005 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.
4 Mei 2007 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.
15 Jun 2017 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat itu terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.
16 November 2021 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terbabit dalam kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban.
Sumber: bernama
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply