Lepas terima kec4man hebat buat lawak parodi Najib dan Rosmah, Puteh mohon maaf secara terbuka. Ini yang berlaku ketika bertemu dengan Najib

SELEPAS menerima kritikan hebat penonton kerana persembahan lawak dikatakan mempersenda Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, kumpulan Puteh akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Berpeluang bertentang mata dengan bekas Perdana Menteri itu, salah seorang ahli kumpulan Puteh iaitu Vicha menarik nafas lega apabila Najib menyambut baik pertemuan mereka dan menganggap isu berkenaan sudah selesai.

“Alhamdulillah syukur, atas bantuan Shahrol Shiro dan akhirnya Puteh dapat bersemuka dan membuat permohonan maaf dengan Datuk Seri Najib di Melaka. Lebih kurang 15 minit kami dapat bertemu dengan beliau.

“Syukur pertemuan kami ini dipermudahkan. Beliau sangat baik, tak ada marah pun… sejujurnya awal-awal tu takut juga nak jumpa tapi Alhamdulillah dia tenang dan hanya tersenyum.

“Lega dapat minta maaf depan-depan… beliau pun sudah memaafkan kami dan anggap isu sudah selesai. Sejujurnya kami memang tak ada niat buruk dalam persembahan itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

vicha 2

Shahrol (kiri sekali) atur pertemuan kumpulan Puteh dengan Najib Razak.

Puteh yang dianggotai oleh Vicha, Ali dan Mamak bertemu dengan Najib bagi menyatakan permohonan maaf itu di Klebang, Melaka pada malam Selasa.

Sejak Jumaat lalu, tular di media sosial apabila penonton mengecam persembahan Puteh di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) selepas mereka menjadikan Najib dan Rosmah sebagai bahan lawak.

Menerusi persembahan itu, Ali Puteh membawa watak sebagai Najib dan Vicha membawa karakter Rosmah Mansur sedang membeli belah.

Ekoran daripada kecaman tersebut menyebabkan Sharol mencadangkan kepada ahli kumpulan Puteh untuk berjumpa Najib dan memohon maaf secara terbuka.

Pertama kali berdepan kontroversi dalam persembahan lawak yang dibuat, Vicha berkata ini merupakan satu pengajaran yang tidak boleh dilupakan sepanjang 10 tahun mencari rezeki di Malaysia.

“Apa-apa pun kami mengakui salah, memang salah. Betul kata orang, banyak lagi lawak kami boleh buat. Mungkin di Indonesia atau di negara lain tak ada masalah parodi berbentuk sedemikian, memainkan sesuatu watak atau isu sebagai hiburan adalah perkara biasa di sana.

vicha 3

Penonton kurang senang idea dan persembahan Puteh di MLM 2021.

“Tetapi dalam hal ini saya sebagai orang luar sepatutnya lebih sensitif dan tak patut lakukan hal sama di Malaysia. Ini salah satu pengajaran yang saya dapat.

“Selepas ini kami akan lebih berhati-hati, kami akan cuba elakkan bawa watak ahli politik. Kalau watak parodi artis mungkin tak ada masalah tapi saya akan minta izin dahulu,” ujarnya.

Meskipun terpaksa berdepan kritikan dan kecaman penonton, Vicha berkata apa yang berlaku ini juga memberi hikmah dan pengalaman indah buatnya dan ahli kumpulan Puteh lain.

“Sebenarnya selepas kejadian ini ada hikmah, kalau bukan sebab ini memang saya tak dapat peluang jumpa Datuk Seri Najib… iyalah bukan senang nak bertemu beliau sebab siapa kita.

“Alhamdulillah ini menjadi asbab kami dapat bertentang mata secara langsung. Satu pertemuan yang cukup bermakna buat saya dan ahli kumpulan Puteh.

“Dalam masa sama jadi pengajaran untuk pelawak lain juga supaya lebih sensitif dan berfikir dahulu sebelum melawak, mungkin di luar negara caranya lain, tak semua kita boleh ikut,” ujarnya.

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*