
TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin.
Caprice dipercayai berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Farra Inalis, 26, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea .
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.
Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz. Bagaimanapun pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan.
Perkongsian Farra Inalis di Instastory miliknya.
“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.
“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya kepada mStar.
Ditanya tentang identiti wanita yang dipercayai berstatus ibun tunggal itu, Aiman bagaimanapun enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci. Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan perempuan dah hampir setahun.
“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.
“Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.
“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia repost,” katanya.
Usaha mStar untuk mendapatkan komen Caprice masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.
Wanita dikahwini Caprice dikhabarkan berstatus ibu tunggal anak satu.
TIBA TIBA HEBOH CAPRICE DAH BERKAHWIN. RUPANYA DIA ADA BAGI ‘HINT’ CUMA RAMAI YANG TAK PERASAN (VIDEO)
Jika anda pergi ke instagram Caprice, tiada apa apa update terbaru yang telah dimuat naik kerana caprice sekarang aktif di Facebook. Pada 10 November lepas Caprice ada memuat naik beberapa keping gambar berukukuran passport.
Ramai yang tinggalkan komen bahawa betul ke Caprice akan bertanding dalam PRN Melaka. Kenyataan hanya sekadar gurauan. Rupa rupanya gambar gambar ukuran passport sangat sesuai untuk kad nikah.
Caprice turut meninggalkan kapsyen ‘Misi mencari jodoh’. Waktu itu tiada siapa yang dapat teka bahawa Caprice akan menamatkan zaman bujang beliau.
Semalam pula caprice memuat naik 1 video seperti sedang memilih cincin dan kelihatan seorang wanita berada di sebelah caprice.
VIDEO
Sumber: Kosmo | Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komeda disinn ani. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply