Staff hotel ini dedah keadaan bilik yang teruk selepas ditinggalkan. Naik angin staff hotel itu

Sebelum ini, seorang pekerja meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab ketika menginap di hotel.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat keadaan hotel yang ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dan apa yang paling mengejutkan, apabila terdapat barangan hotel yang telah dirosakkan.

Hotel ditinggalkan dalam keadaan bersepah

Terbaru, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Miera Nadhira berkongsi satu video memaparkan sebuah bilik hotel yang ditinggalkan dalam keadaan bersepah.

Bilik tersebut dipercayai telah digunakan bagi meraikan seorang bakal pengantin perempuan.

Susulan daripada itu, wanita ini tampil menjelaskan situasi tersebut yang akan melambatkan kerja house keeping dan secara tidak langsung menyebabkan bilik tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk dikemas.

Lagi satu kes bagaimana kita melambatkan kerja housekeeping. Bila kita celebrate dekat hotel dan tak tolong kemaskan selepas itu.

Memang ramai dari kita suka celebrate hari jadi etc atau surprisekan orang tersayang dekat hotel, tapi lepas itu cuba lah ringankan kerja housekeeping dengan membersih sedikit. Marilah kita cuba meringankan beban dan menolong menyenangkan kerja orang semampu boleh.

Pada masa yang sama, pemilik video tersebut sempat memberikan pesanan kepada para pelanggan supaya mempunyai common sense ketika menginap di hotel.

Bila korang check out tinggalkan bilik macam ni rupa. Tak rasa bersalah kan? Hidup ini perlu ada toleransi. Jangan guna alasan kami dah bayar. Guna hati perut sikit lah. Sebab spesis macam ini lah yang melambatkan kerja housekeeping.

VIDEO

Memalukan betul!

 

Sumber: Miera Nadhira

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*