
SHAH ALAM – Pemandu yang terlibat meremp.uh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dekat sini semalam dipercayai tidak mempunyai permit van sekolah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya turut memantau kes berkenaan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
“Ia berikutan kenderaan berkenaan berwarna putih dan bukannya kuning seperti yang sudah ditetapkan.
“Selain itu, van tersebut tidak tertera perkataan van sekolah sekali gus dipercayai tidak mempunyai permit yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemandu van sekolah supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan memiliki permit yang sah.
“Selain itu, ibu bapa dinasihatkan memilih perkhidmatan van sekolah berdaftar dengan mengambil kira faktor keselamatan anak-anak mereka,” katanya.
Kosmo! Online terdahulu melaporkan pemandu van berusia 31 tahun yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Pemandu van yang terbabit merem.puh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi hari ini. Md. Noor berkata, pemandu van wanita berusia 31 tahun itu terlebih dahulu ditahan polis semalam untuk diambil keterangan.
“Pemandu van berkenaan telah diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu,” katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati, pemandu van itu mempunyai lesen memandu yang sah dan van itu turut dilengkapi cukai jalan.
Arwah, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7. – Foto NSTP/Azhar Ramli
Dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari itu, mang.sa dikenali sebagai Nur Alisha Safiya Mohd Azlin ma.ut selepas dirempuh van dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini.
Siasatan mendapati mang.sa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum direm.puh.
SUMBER
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply