Selepas di umum Artis Paling Popular ABPBH, Janna Nick cakap sesuatu mengenai nama dia

Bagi 2021, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 dengan tema #KITABERSAMA sudah pun melabuhkan tirainya.

Ianya berlangsung mengikut amalan norma baharu dengan ketetapan SOP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dihoskan oleh Sherry Alhadad, acara berprestij ini mengambil tempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

abpbh34

Untuk ABPBH kali ini, penonton dipertanggungjawabkan untuk memilih pemenang trofi untuk 14 buah kategori utama serta enam kategori atas talian.

Selepas berdebar menunggu, acara itu mengumumkan bahawa penyanyi Janna Nick telah berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular, iaitu merupakan kemenangan julung kali buat dirinya bagi anugerah tersebut.

Dengan 86,374,777 undi, Janna turut membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Dalam pada itu, wanita ini turut merangkul anugerah Pengacara Popular sebelumnya. Janna menewaskan empat calon hebat lain iaitu Azira Shafinaz, Jihan Muse, Mira Filzah dan Sherry Alhadad.

Menurut Janna, kejayaan itu hasil kerja keras kelab peminatnya Jannanickers yang mengundinya.

“Pesaing saya hebat semuanya termasuk Sherry. Ini kali pertama saya menang kategori pengacara. Dengan rendah hati saya mengakui ada yang lebih layak menang dan saingan sengit pastinya dari Sherry.

“Tapi yang lain pun hebat juga termasuk Azira yang kini memulakan langkah dalam bidang pengacaraan,” katanya.

Kemenangan itu turut diraikan bersama kekasihnya Dini Schatzman yang hadir menemaninya ke malam kemuncak ABPBH 34.

Dini mengakui berbangga dengan kejayaan kekasihnya itu.

Dalam perkembangan lain, Janna kini terbabit dengan penggambaran drama Shakira bergandingan dengan Shukri Yahaya untuk slot Akasia TV3.

Video Janna Cakap Sesuatu dengan namanya

Di hujung video Janna Nick berpesan `Nurul Jannah bukan Janna Nick`

Tahniah diucapkan!

Malam ABPBH34 turut menyampaikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada komposer dan penulis liri terkenak, Datuk Habsah Hassan atas pencapaian dan sumbangannya terhadap industri seni tanah air.

Edisi ABP yang mengangkat tema #KITABERSAMA tersebut bersiaran tanpa kehadiran penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha mengekang penularan Covid-19 yang memasuki tahun kedua.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH ke 34(ABPBH 34)

  • Artis Baharu Lelaki Popular – Dinie Rashid
  • Artis Baharu Wanita Popular – Dolla
  • Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
  • Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick
  • Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
  • Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
  • Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia– Haqiem Rusli
  • Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Siti Nordiana
  • Artis Kolaborasi / Duo Popular – Khai Bahar & Aina Abdul
  • Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi
  • Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
  • Penyampai Radio Popular – Dj Lin
  • Pengacara TV Popular – Janna Nick
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Hajah Habsah Hassan

Ketegori Online

  • Watak Antagonis Popular – Liza Abdulllah
  • YouTuber Popular – Aqil Zulkifli
  • Watak Animasi Popular – Ejen Ali
  • Artis TikTok Popular – Khai Bahar

Sementara itu..

Asif kelu diumum pemenang Artis Komedi Popular

Gelagat spontan pemenang Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Asif Suhaimi ketika menerima trofi yang diumumkan Zara Zya mencuit hati ramai.

Kelihatan seperti ‘lost’ dan kelu untuk berkata-kata sambil membetulkan pelitup muka, Asif akhirnya dibantu sepupu, Syahmi Sazli untuk mengucapkan sesuatu atas kemenangan pertama menerusi ABPBH 34.

Lucunya, Syahmi turut memberi amaran kepada Asif untuk berucap selama lima saat sahaja.

“Assalamulaikum, selamat petang dan selamat malam. “Terima kasih banyak-banyak datang majlis ini,” katanya.

VIDEO

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kemenangan Asif

“Tahniah asif n syahmi yg byk membantu,ank2 istimewa ni”

“Samat pete, samat malee. Terima kasih datang majlis ini”

“Hahaha. Lucu bah dia ni. Tahniah Asif. Molek”

“Alhamdulillah thniah rezeki Asif”

Asif yang juga seorang autisme mengejutkan ramai apabila menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

Mula mengumpan peminat apabila muncul dalam Drama Spontan di YouTube disusuli filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu sendiri, Syahmi yang mencetuskan fenomena pada era pandemik COVID-19, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.

Tidak lama lagi, Asif akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM yang juga arahan Syahmi.

Sumber: Bharian | RK | Olahan RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*