
Foto di atas sekadar hiasan
Kapal kontena ialah kapal dagang atau kapal kargo yang boleh dimuatkan dengan kontena, dalam teknik yang dikenali sebagai pengkontenaan. Transit tanpa henti kontena di seluruh dunia membawa bersamanya r.isiko yang sangat besar.
Antara r.isikonya ialah berkaitan pemuatan dan pemunggahan kontena, samada ia memberi kesan kepada kargo itu ataupun kapal itu sendiri.
Oleh kerana sifatnya yang kurang menonjol dan jumlahnya yang besar dikendalikan di pelabuhan utama, kontena memerlukan organisasi yang kompleks bagi memastikan ia tidak hilang, dic.uri atau dihantar ke destinasi yang salah.
Dianggarkan terdapat 10,000 kontena hilang dari atas kapal di laut setiap tahun. Kebanyakan k.es hilang berlaku a.kibat ribut dan arus yang kuat tetapi terdapat juga k.es seluruh kapal hilang bersama muatannya di lautan.

Penduduk Terjumpa Kontena
Cerita ini bermula apabila penduduk sebuah perkampungan nelayan tepi pantai di Mexico telah menemui sebuah kontena yang tiba tiba terdampar di tepi pantai kampung mereka.
Berkemungkinan kontena tersebut telah terjatuh dari kapal laut yang membawa muatan barangan untuk dieksport dari sebuah negara ke negara yang lain.
Pada mulanya penduduk merasa curiga dengan kandungan di dalam kontena tersebut.Namun oleh kerana ramai yang tertanya-tanya maka mereka nekad membuka kontena tersebut.

Walaupun kontena itu sudah kelihatan agak usang dan lama, namun setelah dibuka seluruh penduduk terlopong melihat isinya yang mereka tak sangka.
Malah semua orang berebut rebut untuk mengambil barangan tersebut. Ada yang membawa kenderaan masing masing untuk mengangkut barangan tersebut.
Ternyata isi kontena tersebut adalah ribuan pasang kasut yang mahal harganya. Bukannya mudah untuk mereka memiliki kasut-kasut semahal itu.
Kebanyakkan penduduk berebut kasut-kasut itu untuk dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah untuk meraih pendapatan lumayan.
VIDEO
Walaupun begitu ramai juga yang berkunjung ke sana untuk mencari kasut untuk dipakai sendiri.Ramai yang berkampung di situ untuk mencari saiz kasut yang ideal dengan mereka.
Antara Penemuan Yang Lain
VIDEO
Sumber: DH | OMsohor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply