Akhirnya pemandu van yang lnggar budak sekolah telah dithn. PDRM tampil beritahu apa yang terjadi dan lokasi kejadian

Seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun mening.gal dunia selepas dig.ilis sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari selepas pemandu wanita berusia 31 tahun itu selesai menurunkan penumpang.

“Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melang.gar salah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika mang.sa sedang melintas di hadapan van terbabit.

“Sebelum kejadian, mang.sa telah diambil oleh pemandu van terbabit dari sebuah sekolah berhampiran dan di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, ekoran kejadian, mang.sa yang berusia tujuh tahun telah dikejarkan ke unit kece.masan Nilai Medical Centre akibat keced.eraan pa.rah pada bahagian kepala.

“Mang.sa disahkan mening.gal dunia pada pukul 2.30 petang tadi.

“Pemandu van terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan sebuah video tular berdurasi satu minit 26 saat di media sosial Facebook yang memaparkan kejadian membabitkan kanak-kanak perempuan tersebut.

Antara komen komen netizen tentang apa yang telah terjadi.

Terdahulu..

Kanak-Kanak perempuan digilis dengan van sekolah yang dia baru turun

Hari ini, tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilang.gar dan digi.lis oleh sebuah van.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang ingin mengetahui keadaan kanak-kanak yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang melintas jalan sebelum dilanggar dan digilis oleh sebuah van berwarna putih.

Susulan daripada pelanggaran tersebut, van tersebut berhenti dan kelihatan seorang wanita tampil untuk membantu mang.sa.

Wanita berkenaan dilihat cuba membantu mang.sa sebelum datang seorang wanita lain bersama murid-murid yang berada di tempat kejadian.

Menerusi kapsyen pendek yang digunakan oleh Kelantan Inside di laman Facebook, turut mempersoalkan siapa yang patut dipersalahkan berikutan kemalangan tersebut.

Siapa yang patut dipersalahkan?

Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi asal di mana kejadian tersebut berlaku dan keadaan terkini mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai menyalahkan pemandu van tersebut atas nasib yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Kami minta maaf kerana tidak dapat siarkan video tersebut. Jika anda mahu lihat video, boleh pergi laman Facebook di gambar bawah atau terus ke page Facebook Kelantan Inside

 

Sumber : Oh Bulan | Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*