Hael Husaini pergi berhibur kat kelab hiburan di Korea? akhirnya pengurus Hael dedah cerita sebenar

Pengurus kepada penyanyi terkenal Hael Husaini, mendakwa penyanyi itu telah difitnah oleh seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Korea Selatan selepas dikatakan melihat Hael berhibur di sebuah kelab hiburan, di Itaewon.

Menerusi ciapan di Twitter, pelajar berkenaan dilihat ‘sakan’ menceritakan penyanyi lagu popular Jampi itu ‘berseronok’ di kelab hiburan seperti yang didakwanya.

“Dah lah artis Malaysia ini pergi Korea tidak kuarantin langsung. Selepas itu, tahu-tahu pergi kelab hiburan di Itaewon ya. Amboi. Seronok betul dia ‘berJampi’ di kelab hiburan Itaewon itu.

“Mungkin itu ‘hajat’ dia untuk membuat perkara ‘haram’. Tetapi, tidak boleh nak ‘kelentang kelentong’ kita lah kan,” dakwa pemuda itu menerusi ciapannya.

Pengurus Hael Husaini beri respon

Walau bagaimanapun, pengurus penyanyi berkenaan telah tampil memberi respon mengenai dakwaan terbabit. Menerusi video IG Live, pengurus kepada penyanyi terbabit memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin itu.

“Saya di sini nak terangkan apa yang sebenarnya berlaku. Saya buat video ni sebenarnya nak bagitau Healers yang Hael punya team dah ambil tindakan.

“Berhenti budak tu nanti. Tak belajar dah dekat tu (Korea). Kalau dia padam sekali pun dah terlambat dik.

“Aku dah jumpa Youtube dia, Instagram dia, semua alamat rumah semua dah dapat.

Susulan daripada itu, peminat Hael Husaini turut meminta agar orang ramai tidak sesuka hati memfitnah kepada penyanyi berkenaan.

“Kitaorang cuma nak cakap yang tak elok sebarkan fitnah. Berhenti lah sebarkan fitnah kalau tuan badan tak bagitahu pun.

Bagaimanapun, kesemua ciapan tersebut telah dipadam namun ia sudah terlambat kerana pengurus penyanyi berkenaan sudah mempunyai butiran lengkap pelajar tersebut.

Menerusi platform TikTok, peminat Hael memuat naik kembali video pendek Instagram Live pengurus penyanyi berkenaan yang memaklumkan perkara tersebut untuk mengambil tindakan susulan.

Reaksi warganet

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet telah memberi pelbagai reaksi susulan dengan isu terbabit.

“Kalau tidak pasti, jangan dibesarkan. Akhirnya nanti kita kena fitnah. Kita tidak tahu apa yang berlaku,” komen seorang pengguna Tiktok.

“Yang dekat Twitter pun mati-mati percaya, tidak fasal dapat dosa kering memfitnah orang,” komen lagi seorang individu.

“Nak menuduh bagi bukti dulu lah, ini main cakap sahaja, semua orang boleh buat,” tulis seorang lagi warganet.

Sekadar informasi, baru-baru ini Hael telah terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja sejurus sahaja penerbangan antarabangsa dibuka.

 

Sumber: utusan | ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*