
Bekas jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bercadang membeli ‘siakap kayangan’ dari Langkawi sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun kesembilan perkahwinannya bersama Datin Wong Mew Choo.
“Ulang tahun kesembilan tahun ini agak sederhana sikit tapi saya akan membelikan awak ikan siakap dari Langkawi,” tulis Chong Wei dalam hantaran terbaharu di laman Instagram.
Minggu lalu tular di media sosi4l, portal dalam talian dan akhbar arus perdana mengenai ikan siakap mahal yang dijual di Kilim Geoforest Park, Langkawi hingga mencec4h RM1,000 seekor sekali gus cetus perasaan kur4ng senang dalam kalangan pelanggan.
Terdahulu Chong Wei, 39, menceritakan semula pengalaman pertamanya melamar Mew Choo di Gold Coast, Australia beberapa tahun lalu.
“Saya tidak pernah tahu bagaimana untuk bermimpi hinggalah saya bertemu awak @wongmewchoo.
“Beberapa tahun lalu apabila saya melamar awak di Gold Coast, ia satu saat paling gem3ntar dalam kehidupan saya. Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Tan Boon Heong) berbanding final Olimpik.
“Lebih gan-jiong berbanding mengambil keputusan SPM. Saya berlatih ucapan itu banyak kali dan apabila saya membuka mulut, ia masih tergagap-gagap dan tidak senada. Tidak selaras langsung.
“Jantung saya berhenti seketika apabila awak berdiam diri selepas saya mengajukan soalan itu. Adakah saya tidak terlalu cukup bagus buat awak? Adakah saya tidak cukup t4mpan buat awak?
“Saya lihat di cermin setiap hari, bukan Andy Lau tapi boleh cari makan ma muka saya. Tapi mujurlah, selepas lama berdiam diri, awak men4ngis dan berkata ya! Kita berpelukan dan menang1s bersama, seribu lautan.
“Hingga ke hari ini, saya masih mencubit diri sendiri. Tidak boleh percaya kita sebenarnya bersama. Dengan dua anak lelaki yang tampan.
“Tidak sabar untuk meniti hari tua bersama. Berjalan seiringan. Saya berjanji dengan kedua ibu bapa awak saya akan menjaga awak apabila saya memegang tangan awak. Saya akan menunaikan janji itu.
“Selamat ulang tahun kesembilan, laopo (isteriku).”
Bagi menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun depan, Chong Wei sudah bercadang untuk mengadakan ker4ian secara romantik dengan harapan situasi penul4ran Cov1d-19 semakin baik.
“Saya sudah mengimpikan Bora Bora atau Tasik Louise,” tulisnya.
SUMBER
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply