
Puas hati dan berbaloi. Itu kata Datu Seri Vida selepas menjamu selera di restoran tular ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu.
Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM 918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.
“Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik. Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket.
“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau t.uduhan mengatakan tuan kedai c.ekik d.arah,” ujarnya.
Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.
Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.
Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih.
Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas i.su berkenaan. Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu tular itu.
VIDEO
“Selepas itu itu tidak macam biasa pelanggan, perasaan malu adalah sebab kena c.aci, kena m.aki. Rasa macam tak sedap. Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM 6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar.
“Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya.
Vida bersama pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin
Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan m.arketing.
Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada m.angsa, namun ditolak inidvidu berkenaan.
Pada 4 November lalu, dilaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM 1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.
I.su ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi m.angsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.
Ada Orang Komen Kira Sekali Bakul
Sumber : Mstar | FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply