Tular rakaman penghantar makanan hempas makanan pelanggan, video penuh tunjuk apa yang terjadi sebenarnya

Tindakan seorang penghantar makanan menghempas bungkusan makanan pelanggannya hingga pecah mendapat perhatian pengguna media sosial.

Rakaman video yang memaparkan kejadian itu juga tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, penghantar makanan itu dikatakan berang dengan tindakan pelanggan yang bertegas mahu makanan tersebut dihantar ke depan pintu rumah.

Bagaimanapun, penghantar makanan tersebut tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kawasan perumahan tersebut.

RUPANYA INI SEBAB SEBENAR KENAPA DIA HEMPAS MAKANAN

Satu video telah dimuat naik di media sosial Facebook berkenaan rider Foodpanda berkenaan.

Sebelum ini rata rata netizen menyangkakan punca rider hempas makanan adalah kerana pegawal keselamatan tidak benarkan dia masuk dan pelanggan tidak mahu turun ke bawah.

Jika dilihat pada video dibawah anda boleh dengar rider tersebut sebenarnya bertekak dengan pengawal keselamatan kerana tidak mahu ‘check-in’ di MySejahtera.

Menurut rider tersebut, MySejahtera dia masih berada di lokasi sama cuma ketika dia keluar dia tidak ‘check-out’

Pengawal keselamatan tersebut mahu rider itu check in juga dan membuka spek mata dan topeng supaya kamera dapat merakam.

Rider Foodpanda terus hilang pertimbangan dan ketika itulah makanan pelanggan telah dihempas ke jalan tar.

VIDEO:

 

Sumber: ASN sohor | Video: Rossia Valei

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*