Tular rakaman taman tema terlalu sesak dengan pengunjung, langg4r SOP. PDRM tampil dengan kenyataan ini

Polis menjalankan siasatan terperinci berkaitan video tular berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah taman tema di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 13 saat yang telah dimuat naik di Facebook berkaitan dakwaan pelanggaran SOP di taman tema terbabit.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kita masih belum mendapat sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Fairus berkata, siasatan awal mendapati kawasan taman tema itu boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa.

“Kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata, pada tarikh kejadian iaitu Ahad, terdapat seramai 3,513 pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema berkenaan.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP Fasa Empat PPN,” jelas beliau.

Mohd Fairus berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*