
Selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tidak perlu melihat jauh sehingga ke bumi Hollywood, lihat sahaja selebriti tanah air kita.
Acap kali memenuhi undangan ke majlis-majlis glamor, setiap seorang dalam kalangan mereka pasti akan menggayakan busana mewah yang terdiri daripada pelbagai warna serta perincian.
Ada yang sofistikated, ada yang elegan, ada yang ringkas, bahkan ada juga kelihatan unik dan hampir pelik.
Baru-baru ini, sebuah acara peragaan fesyen dilangsungkan selama 1 minggu di pusat beli belah ternama Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW 21).
Ramai artis dan personaliti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza dan Azfar Heri turut hadir menyokong hasil tangan para pereka fesyen tempatan.
VIDEO
Sepanjang majlis itu berlangsung, peragaan hari terakhir ternyata telah menarik perhatian warganet apabila tibanya giliran pakaian direka oleh Rizman Ruzaini dipamerkan.
Pereka terkenal ini telah memilih model-model ‘otai’ seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tinie, Tengku Azura dan Deborah Henry untuk memperagakan busana rekaannya.
Meskipun sudah mencecah umur 50 tahun. pelakon wanita yang masih menawan persis anak dara itu hangat menjadi bualan ramai.
Penampilan Nasha Aziz yang mengenakan pakaian serba merah berjaya memukau mata netizen sepanjang dia berada di atas pentas itu. Langkah catwalk penuh confident juga membuatkan dia nampak sangat gorgeous.
Sejak dikongsikan, kedua-dua video ini ditonton oleh ramai pengguna TikTok. Meninjau ke ruangan komen, mereka amat teruja melihat kesemua model legend kegemaran masing-masing masih lagi kelihatan menawan ketika beraksi di atas pentas peragaan.
Reaksi warganet
Akhirnya Nasha Aziz Dedah Punca Sebenar Membujang Di Usia 50 Tahun! Mulia Sungguh Hatinya
Pelakon Nasha Aziz tidak kisah sekiranya perlu hidup membujang sehingga ke penghujung hayatnya.
Pemilik nama Noraishah Abdul Aziz, 50, itu berkata, dia lebih mengutamakan soal kebajikan kedua ibunya daripada memikirkan perihal jodoh.
“Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.
“Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.
“Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya,”
Nasha menggelarkan ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu, manakala ibu kandungnya pula dipanggil ‘mummy’.
Sementara itu, Nasha berkata, tuntutan menjaga ibunya itu lebih berkepentingan memandangkan mereka berdua sudahpun tua dan uzur.
Katanya, meskipun perancangan untuk berumah tangga sebelum ini tidak kesampaian, namun ia sama sekali tidak meresahkannya memandangkan takdir itu juga membuka peluang untuk dia membalas balik jasa kedua ibunya itu.
“Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.
“Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.
“Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami.
“Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?,” katanya.
Nasha yang masih menceburi bidang lakonan, pernah menempa zaman kegemilangan di era 90-an dan 2000-an menerusi filem-filem pecah panggung seperti Laila Isabella, Trauma, Cinta Luar Biasa dan Puaka Tebing Biru.
Sumber : youtube | iluminasi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply