Sekali lagi Rita Rudaini beng4ng dengan penghantar makanan, rupanya ini punca dan ada kaitan dengan air milo

Foto sekadar hiasan. Admin pun tak tahu siapa buat hal. Rita Rudaini dah marah!

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi berang dengan tindakan penghantar makanan yang meninggalkan minumannya dalam keadaan bocor dan tertumpah hingga ke lantai.

Tindakan itu disifakan Rita sebagai tidak bertanggungjawab terhadap rezeki sendiri dan pelanggan.

“Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ni, kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!

“Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik je. Orang macam ni memang tak pernah ikhlas dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain!” katanya.

Disebabkan sikap acuh tak acuh penghantar makanan terbabit, dia terpaksa membersihkan semula kesan air manis yang tumpah di lantai rumahnya.

“Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ni, dah pecah dah bocor sekurang-kurangnya kau bagitahulah. Ni kau blah je.

“Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa dengan motor pastu kau letak je tinggal je macam tu.

“Yang kau bawa ni re zeki orang ya, dan kau pun cari rezeki. Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang,” tegasnya.

Sebelum ini, Rita pernah ber depan situasi tidak bertanggungjawab penghantar makanan yang meninggalkan pesanannya di hadapan rumah berdekatan dengan tong sampah.

Rita Rudaini Berang Dengan Rider, Letak Makanan Atas Tong Sampah

Manakan tidak, Rita Rudaini memaklumkan bahawa dia telah menerima makanan yang ditempah dengan cara meletakkan di tempat pembuangan sampah dan terdedah.

Kecewa dengan perkara tersebut, Rita Rudaini menzahirkan perasaan ‘bengang’ dengan memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

” Benda makan..rezeki. Letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh.

”  Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri. Makanan diletakkan atas tempat pembuangan sampah pula tu.

Rita Rudaini Bengang Dengan Rider, Letak Makanan Atas Pembuangan Sampah

Meskipun kesal dengan kejadian itu, Rita menegaskan bahawa dia sama sekali tidak ‘pukul rata’ semua penghantar makanan mempunyai sikap seperti itu.

 

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*