Peniaga ikan dedah harga jualan terkini ikan siakap di Langkawi selepas tular restoran jual hidangan siakap sampai beribu

Jualan ikan siakap di pulau ini tidak terjejas susulan tular harga siap masak ikan itu di sebuah restoran yang mencecah RM1,196.80 sejak tiga hari lalu.

Tinjauan di Pasar Awam Kuah di sini, mendapati urus niaga siakap berjalan seperti biasa dengan orang ramai membeli pada harga RM16 sekilogram.

Peniaga, Shahabudin Mohd Ali, 53, berkata, jualan siakap di gerainya seperti biasa, malah ada peniaga membeli lebih bagi menampung permintaan sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.

“Rata-rata harga jualan ikan siakap di pasar ini RM16 sekilogram dan ia lebih rendah berbanding RM18 sekilogram beberapa bulan lalu.

“Ya, permintaan (siakap) tidak terjejas walaupun isu siakap mahal dibincangkan meluas dalam media sosial,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Pemborong ikan, Azizan Mat, 48, berkata, dia membekalkan purata 150 kilogram siakap sehari kepada restoran sekitar Kuah dan Pantai Chenang.

“Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu.

“Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran di pulau ini dikejutkan dengan harga siakap yang didakwa RM1,196.80.

Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran

Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*