Nafi ada hubungan dengan pes4lah laku k3s Zulfarhan, akhirnya ‘Najihah’ mula bersuara

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Najihah menafikan dia mempunyai hubungan dengan salah seorang pesalah laku dalam kes kem4tian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Katanya, ada sesetengah pihak yang sengaja mengaitkannya dengan pesalah laku tersebut.

“Saya tak ada hubungan apa-apa pun dengan salah seorang pesalah laku itu, suka hati cakap Najihah teman wanita pelaku kes itu, padahal kebetulan sama nama dengan saya, senang-senang cakap.

“Jadi tak perlu lebih-lebih lagi, tak ada apa hubungan pun,” katanya secara langsung menerusi akaun Instagramnya hari ini.

TANGKAP layar akaun Instagram ‘Najihah’ berhubung penjelasannya mempunyai hubungan dengan salah seorang pesalah laku dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Bagaimanapun, dia tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kes tersebut.

“Jangan nak mudah sangat salahkan orang, hukum orang, kaji dulu betul-betul, kalau dah nampak salah, nampak salah sahaja, tak nampak dah dekat mangsa.

“Saya berani menulis di Twitter sebab saya tahu cerita sebenar, tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh cerita hal sebenar.

“Kalau cerita nanti makin panjang, arwah dah tenang kat sana, yang lain dah kena hukuman, jadi tak ada apa lagi isu. Saya pun minta maaf, sebab menulis macam itu di Twitter,” katanya.

Menerusi akaun Twitternya, Najihah dilihat mempertahan pesalah laku tersebut, sebaliknya cuba menyalahkan mangsa, yang akhirnya menjadi tular di internet.

“Orang hanya akan nampak salah dekat si pelaku, tapi orang tak tahu cerita sebalik kes ini. Fikir logiklah, kalau orang tak usik kita, takkan kita nak usik orang kan? Tak apalah, yang tahu sahaja tahu kisah sebenar,” katanya.

“Kalau ikutkan hati, tak puas hati juga apabila dipenj4ra 18 tahun saja” Bapa Zulfarhan dedah tindakan seterusnya selepas keputusan hakim terhadap 18 tertuduh

Kuala Lumpur: “Berat nak cakap, tetapi jujurnya saya maafkan tertuduh, apa yang mereka buat kepada anak saya. Dengan maafkan, barulah ada kelegaan tetapi saya akan l4wan sampai ke mahkamah rayuan,” kata Zulkarnain Idros, bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Zulkarnain, 57, berkata demikian ketika diminta berkongsi perasaannya selepas mendengar keputusan hakim terhadap 18 tertuduh yang didakwa menyebabkan kem4tian tanpa niat terhadap anak sulungnya, Zulfarhan yang meningg4l dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Menurutnya, dia mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana memberi keputusan yang sewajarnya walaupun tidak mengenakan hukum4n g4ntung sampai m4ti mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an.

“Kalau ikutkan hati, tak puas hati juga apabila dipenj4ra 18 tahun saja.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan pihak pendakwa raya akan failkan ke mahkamah rayuan dalam masa 14 hari dan tertudu.h juga akan failkan pembelaan di Putrajaya.

Ibu Zulfarhan menangis dengar keputusan kes

bu kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menangis teresak-esak ketika mendengar keputusan kes anaknya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Hawa Osman, 58, dilihat beberapa kali menahan seb4k dan berhenti menangis sebelum meneruskan bacaan kenyataan impak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

“Arwah anak sulung yang mana sepatutnya jika masih hidup beliau yang akan membantu keluarga dengan membiayai adik lain menyambung pelajaran di universiti kerana suami saya telah bersara dan kini menyara hidup dengan memandu teksi manakala saya hanya kerani di sebuah sekolah menengah.

“Kehilangan arwah beri kesan kepada saya dan suami kerana kami menanam impian arwah akan menjaga kami ketika usia tua.

“Saya juga mengalami kesedihan berpanjangan apabila nama arwah disebut. Arwah adalah lambang kasih sayang pertama saya dan suami dalam membina rumah tangga,” katanya.

Menurutnya, kejadian menimpa anaknya empat tahun lalu menyebabkannya mengalami tr4uma, katarak serius dan peny4kit d4rah tinggi.

“Saya mengalami katarak serius akibat kerap menangis yang mel4mpau serta mengalami dar4h tinggi kerana tidak dapat tidur malam.

“Kejadian ini menyebabkan saya tr4uma untuk melepaskan anak-anak sendirian menyambung pelajaran di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian sebegini akan berulang kembali.

“Kejadian ini memori perit untuk saya terima kerana arwah anak menceriakan suasana rumah dan mesra dengan keuarga lain, walaupun pemergiannya hampir empat tahun saya rasakan seperti baru semalam terjadi,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga membantah hukum4n ringan dicadangkan.

“Saya Mahukan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh yang menyebabkan saya kehil4ngan insan yang amat bermakna dalam hidup saya dan hukum4n ini menjadi contoh kepada masyarakat yang lain supaya lebih berhati hati-hati dalam bertindak.

“Hukum4n ini diharap dapat membuka mata dan minda masyarakat supaya kejadian sebegini tidak berulang kepada ibu bapa lain dan merasai keperitan kehil4ngan anak yang disayangi dan merupakan harapan keluarga,” katanya.

 

Sumber: trendingsangat.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*