Tular rakaman kain kanvas lori hampir buat dua penunggang motorsikal hampir m4ut, akhirnya wakil syarikat lori tampil dengan respon ini

Dua orang penunggang motosikal berdepan detik apabila sehelai kanvas yang diikat pada sebuah lori tertanggal dan menyelimuti mereka.

Keadaan itu menyebabkan penunggang berkenaan hilang kawalan sebelum melanggan tayar sebuah treler sebelum mereka berdua terjatuh di atas jalan. Walaupun situasi tersebut cukup mendebarkan, mujurlah mereka masih boleh bangun tidak lama kemudian.

Lebih menyakitkan hati lori terbabit langsung tidak berhenti dan hanya meneruskan perjalanan. Sama ada pemandunya tidak sedar atau mengambil keputusan untuk melarikan diri tidak dapat dipastikan.

Klip video yang dirakam oleh kamera dachcam sebuah kereta dan dikongsi oleh Facebook Sukan Star TV itu tular di laman sosial. Kejadian dipercayai berlaku di laluan menghala ke Putrajaya dari arah Puchong.

Syarikat Lori tampil dengan kenyataan ini

Pihak sub-kontraktor dan pemandu lori yang terbabit insiden kanvas ‘terbang’ akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dekat sini, esok.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir berkata, kejadian itu membabitkan sebuah lori sampah milik syarikatnya.

Menurutnya, KDEBWM mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan orang ramai yang melaporkan insiden membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di Jalan Puchong berhampiran susur menghala Kajang dekat Sepang, semalam.

Katanya, kejadian itu berlaku disebabkan tali pengikat kanvas putus hingga menghalang penunggang dan pembonceng motosikal terbabit sebelum hilang kawalan dan mengalami kemalangan.

“KDEBWM kesal dengan insiden yang berlaku dan tindakan sudah diambil terhadap sub-kontraktor, pemandu dan krew lori terbabit,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai kejadian yang dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 33.5 Jalan Puchong berhampiran susur menghala Kajang pada 8 pagi.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kanvas yang menutup bahagian belakang lori melayang dan ‘membalut’ badan penunggang dan pembonceng motosikal sebelum ia hilang kawalan dan terlanggar tayar treler yang sedang bergerak laju.

Ramli berkata, segala urusan perubatan dan ganti rugi baik pulih motosikal terbabit juga sedang diselesaikan dan kedua-dua mangsa sedang menjalani rawatan.

Menurutnya, KDEBWM juga menyerahkan sepenuhnya untuk urusan siasatan polis serta tindakan lanjut mengikut undang-undang.

Katanya, KDEBWM memandang serius isu itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada sub-kontraktor yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk menamatkan kontrak sekiranya perlu.

“KDEBWM amat menitik beratkan isu pematuhan SOP dan menghargai komitmen serta keprihatinan orang ramai mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Selangor,” katanya.

VIDEO

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*