Suami dikec4m kerana tak tegur isteri terkinja-kinja, sekali Ain Edruce tampil dengan jawapan padu ini

Video pelakon dan pengacara versatil, Ain Edruce menari di TikTok telah mengundang kritikan daripada warganet.

Selain kelincahan Ain menari, reaksi suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa menggelengkan kepala juga menjadi fokus utama. Ketika dihubungi OhBulan!, Ain, 30, tidak melatah dengan komen-komen ‘pedas’ dari wargamaya.

“Saya tak tahu nak komen apa sebab biasalah warganet ada saja benda nak complain. Saya tak boleh nak cakap apa. Yang pasal terkinja-kinja tu, nama pun TikTok. TikTok kan tempat kita untuk menari-nari.”

“Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya terkinja-kinja. Kalau tak nak terkinja-kinja, pergi tempat lain.”

Ditanya kenapa Amirul menggelengkan kepala, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan itu adalah respon suaminya apabila diajak untuk sama-sama membuat content.

Katanya lagi, Amirul tidak pernah menyemak atau menghalang kerana setakat ini semua hantaran yang dikongsikannya tidak keterlaluan.

“Sebenarnya Amirul geleng kepala sebab saya ajak dia menari sekali. Amirul tak check pun kalau saya nak kongsi sesuatu di media sosial. Kadang-kadang saya yang tanya dia okey ke tak.”

“Setakat ini, Amirul tak pernah halang saya sebab apa yang saya post tak menaikkan darah dia atau buat dia tak bersetuju. Saya selalu kongsi hantaran yang okey saja, jadi Amirul tak kisah.”

Sebelum ini, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak senang melihat kelakuan Ain yang didakwa tidak menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.

Sekadar info, Ain dan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa berkahwin pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

Menari Terkinja Kinja Sampai Suami Geleng Kepala. Warganet Nasihat Suami Ain Edruce Supaya Jangan Takut Bini.

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce, memang tidak boleh dipisahkan dengan aplikasi TikTok. Mana tidaknya, sebelum melahirkan anak perempuannya, Soraya, Ain sempat memuat naik sebuah video sebagai perkongsian kepada pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan.

VIDEO: SILA TEKAN SINI

Terbaru, Ain, 30, ada berkongsi rakaman video dia sedang menari untuk kandungan (content) TikTok. Mengenakan pakaian berwarna hitam beserta seluar legging, Ain kelihatan bersemangat dengan mimik mukanya.

Turut sama kelihatan adalah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang sedang menguruskan Soraya. Amirul yang berada di belakang Ain hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan isteri tercinta.

Sampai geleng dah suami dia.

Bagaimanapun, video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata warganet menasihati pelakon drama Kekasih Paksa Rela agar menitikberatkan penjagaan aurat dan marvah suaminya.

Di samping itu, ada juga segelintir warganet yang menegur supaya Ain mengubah diri memandangkan statusnya sekarang sebagai seorang isteri dan ibu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 4.5 juta tontonan dan hampir 4,000 komen.

Terdahulu, hanya dengan sekali lafaz, pengacara itu selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*