Kemaruk buat tikt0k setiap hari sampai masak pun lupa, suami ambil keputusan ini bagi pengajaran

Aplikasi TikT0k kini, menjadi tumpuan orang ramai dalam berkongsi video-video yang menarik kepada para pengikut mereka.

Namun begitu, seorang wanita berasal dari Indonesia, dikatakan telah dirantai oleh suaminya sendiri bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan platfom tersebut. Lain macam!

Isteri kerap main TikT0k

Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara.com, wanita tersebut dipercayai sering bermain TikTok dan video tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu dikenali sebagai @ann***.

Menerusi video pendek dikongsi, memaparkan wanita tersebut yang sedang duduk di bahagian ruang tamu rumahnya dengan keadaan kaki kiri telah diikat menggunakan satu rantai panjang.

Ini kerana saya ‘ditangkap’ bermain TikT0k dengan suami saya. Auto dirantai.

Mengulas lebih lanjut, anak kepada wanita ini dikatakan ‘gembira’ melihat ibunya dirantai dan dia tidak perlu lagi melihat ibunya membuat video dan memuat naik di platfom tersebut setiap hari.

Difahamkan, wanita tersebut telah dirantai oleh suaminya sendiri namun, dia seolah-olah faham itu merupakan lawak yang dilakukan oleh suaminya. Hal ini dapat dibuktikan melalui ekspresi wajahnya yang masih gelak ketika kakinya dirantai.

Lepas ini tak boleh p mana

Ketika artikel ini ditulis, video tesebut telah ditonton lebih 730k tontonan dan meraih 18k likes. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan sempat ‘mengusik’ wanita ini

Ya, memang seharusnya dibuat begitu supaya tidak boleh kemana-mana.Saya mewakili TikT0k, turut menyokong tindakan suami anda.Ha rasakan, disuruh masak malah main TikT0k.

 

Sumber: Suaradotcom Via OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*