
Penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli sekali lagi menimbulkan kurang senang warganet selepas pemuda itu dikatakan menabur wang bernilai RM 70,000 menerusi satu video di Youtube.
Video yang dimuat naik oleh Youtube Rusa Entertainment itu jelas kelihatan penyanyi lagu Hujan tersebut memijak wang-wang yang berselerak di lantai.
Selain itu, menerusi kandungan media berkenaan juga memperlihat seorang lagi penyanyi lelaki mengutip dan membaling semula not RM 50 itu kembali.
Oleh hal demikian, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran tersebut.
“MasyaAllah, duit pun pijak-pijak. Bila Allah dah beri rezeki melimpah, terlihat kurangnya akal seseorang,” tulis seorang penonton.
“Duit itu dekat bawah dipijak, Allah dah beri rezeki. Tahu lah dia itu kaya, tetapi perlu ke hendak mencampak rezeki?” komen lagi seorang penonton.
“Demi kandungan media, sanggup pijak-pijak rezeki yang Allah sudah beri,” komen juga salah seorang penonton.
Selain itu, ada juga segelintirnya menasihati Iqbal agar mempunyai rasa simpati terhadap orang yang kurang berkemampuan apabila menonton video tersebut.
“Banyak orang lagi susah sekarang, kau buat duit macam itu sahaja. Kau kaya tidak mengapa, tetapi jangan lah macam ini. Kesian orang susah nampak macam,” komen seorang warganet.
“Astagfirullah, sudah lah itu rezeki dipijak nanti suatu hari Allah tidak beri rezeki duit itu lagi baru tahu. Itu lah, duit RM 50 dipijak,” komen lagi seorang warganet.
Iqbal respon tentang video pijak duit
Iqbal telah tampil untuk beri penjelasan tentang video yang tular di media sosial dimana dia dikatakan memijak berpuluh ribu ringgit di atas lantai.
Tidak mungkin saya sedangkal itu memijak wang. Saya masih tahu batas adab. Masih tahu menilai baik dan buruk.
Ketika itu kami semua mahu cepat kemaskan studio. Oleh kerana terlalu banyak kertas bertaburan, saya dengan selamba cepat-cepat kemaskan menggunakan kaki. Tanpa terfikir ia dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang terpapar.
Tiada daya saya untuk berkata lebih kerana video itu telah tersebar dan menjadi bahan hinaan orang.
Saya maafkan bagi yang menyebarkan kerana visualnya memang tampak seolah saya manusia tidak waras. Saya hanya berserah.
Jika ada yang terbuka hati untuk faham perkara sebenar, saya bersyukur. Jika masih tidak faham, tidak mengapa asalkan saya tahu saya masih waras.
Bagi yang baru mengikuti saya, cuba lihat post saya 2009 sehinggalah 2021 sebelum viral bermula.
Itu adalah diri saya. Hanya saya yang tahu hal sebenar; perit untuk saya tangani. Saya merayu tolong bersihkan semula nama saya tentang isu ini. Terima kasih kepada yang sudi memahami.
VIDEO
Sekadar informasi, selepas seminggu penantian akhirnya debut terbaharu Iqbal berjudul Hujan telah pun dilancarkan jam 5 petang, semalam.
Sumber: Utusan | IG Iqbal
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply