
Hakim Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa jurulatih arwah Zulfarhan sebagai seorang yang tidak bijak kerana membabi buta percaya pada berita yang tidak sahih.
“Jika jurulatih guna akal, mungkin arwah boleh diselamatkan.”Memetik dari laporan Sinar Harian, Hakim, Datuk Azman Abdullah turut berkata jika tindakan awal diambil, dan jika jurulatih tersebut menggunakan akal, pastinya Pegawai Kadet Lanun UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain boleh diselamatkan.
Beliau berkata lagi, jurulatih berkenaan bertindak kurang bijak kerana menyebarkan surat layang yang diterima melalui aplikasi Whatsapp tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Malahan, perkara sama berlaku jika ada campur tangan doktor dari klinik swasta yang didatangi mangsa dan tertuduh.
“Terlalu membabi buta dengan percaya mangsa terlibat dengan letv pan…”
Hakim berkata lagi, tindakan jurulatih yang membabi buta percaya pada cerita yang kurang berasas merupakan salah satu asbab kemat1 an ini berlaku.
“Kebiasaannya pihak hospital atau klinik kesihatan akan menghubungi polis jika mengesyaki pesakit did3 ra.”
“Bukan membabi buta percaya mangsa terlibat dengan letv pan dalam latihan sehingga terkena semua anggota tubuh termasuk alat sulit kecuali muka.”
Hukuman dijatuhkan untuk memberi rasa takut dan perit Menerusi Sinar Harian, sebelum hukuman diputuskan, ianya adalah untuk memberi rasa takut dan perit kepada pelaku termasuk masyarakat untuk dijadikan sebagai iktibar.
Melihat kepada jasad Zulfarhan, tidak tergambar kesakitan yang ditanggung oleh arwah akibat seterika wap yang ditekapkan pada kulit di seluruh anggota badannya termasuk alat sulit.
https://redaksi.com/12662-jurulatih-membabi-buta-percaya-arwah-zulfarhan-kena-letupan-tak-bijak-langsung-hakim
Terkejut mendengar panggilan MAK 2 kali” Genap 2 Tahun, Ibu Zulfarhan Berkongsi Rasa Sedih
By Saidatul Abdullah -July 14, 2019
Sudah dua tahun pelajar UPNM iaitu Allahyarham Zulfarhan telah menghadap Ilahi. Namun perbicaraan kesnya masih belum selesai di mana keputusan akhir pendakwaan akan dilaksanakan pada 31 Julai nanti.
90 tekapan seterika wap pada badan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia menjadi antara perkara penting dalam hujahan pihak pendakwaan.
Kes ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan perlakuan binatang oleh kesemua tertuduh.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, ibu kepada Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman telah meluahkan rasa rindunya pada Allahyarham.
Menurut Hawa, beliau seperti terdengar laungan ‘Mak’ sebanyak dua kali oleh Allahyarham yang dipanggil sebagai Along.
Hawa juga meluahkan betapa rasa kerinduannya pada Along dan mendoakan semoga Along ditempatkan di Syurga.
“Ya ALLAH hari ini GENAP 2 TAHUN arwah ALLONG ZULFARHAN OSMAN BIN ZULKARNAIN meninggalkan kami sekeluarga,
“Pagi ini terkejut mendengar panggilan MAK 2 kali, kali Ke2 jeritan MAK dengan kuat sekali, terus terjaga mencari2 suara, masuk kebilik abg ngah Zul Helmie Idros, tgh tidor,
“sesungguhnya aku merindui mu Along maka ALLAH perdengarkan suara mu . Terima kasih ya ALLAH, terima kasih. Aamiin, Aamin.Semoga Along tenang di syurga. Ya Sayang Mak”
Semoga Allahyarham tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman
SUMBER
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply