Isteri dedah ada orang nampak Shuk Sahar tengah ‘dating’ siap berfoto dengan perempuan lain

Sebelum ini selepas sekali lagi membuat pendedahan tentang kec.urangan suaminya, isteri kepada pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah terus memberi bayangan tentang konflik rumahtangganya yang semakin p4rah.

Menerusi InstaStory, Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera berkongsi beberapa klip muzik lagu berkisarkan tentang kecurangan dan hubungan yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu, berkongsi klip muzik pendek lagu berjudul Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow dendangan Rihanna.

Antara bait lirik yang diulang siarnya berbunyi: “oh, and the award for the best li4r goes to you oh, dan anugerah untuk penipu terhebat jatuh kepadamu.

“For makin’ me believe that you could be faithful to me kerana membuatkanku percaya yang kau boleh setia terhadapku.”

Hasil carian, nama Shuk tiada dalam senarai mengikuti Instagram Sera.

Tanpa menujukan hantaran lirik lagu nyanyian Rihanna itu kepada sesiapa, namun Sera seperti memberi isyarat bahawa rumah tangganya masih berdepan kesulitan meskipun Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar cuba menafikan perkara tersebut.

Lebih menguatkan keyakinan ramai, hasil carian menerusi senarai following Sera dalam Instagram, tiada lagi nama Shuk terlihat, sekali gus memberi makna, wanita asal Sabah itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

Terdahulu, Sera menerusi InstaStory mengatakan dia tidak kisah andai masyarakat menganggap dirinya mer.oyan berkenaan krisis rumah tangganya dan bersyukur diberi kekuatan dan bukti yang makin jelas daripada Allah SWT berdepan perkara tersebut.

Sera juga meluahkan kekecewaan sebelum ini menerusi media sosial apabila hidupnya masih dibelenggu masalah kec.urangan suaminya yang masih belum berpenghujung.

Sera Kongsi Ada Orang Nampak

Kali ini, menerusi posting yang dibuat isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera di InstaStory wanita itu dilihat seakan meluahkan rasa geram dengan suaminya serta s.kandal selebriti terbabit.

 

Sumber: Kosmo | IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*