Lepas apa yang terjadi, terbaru Iqbal pijak dan tabur duit RM70K buat ramai terkejut

Selepas single pertama Iqbal Zulkefli dilancarkan pada 1 November 2021 di saluran Youtube Rusa Music, ramai yang mulai bercakap kembali berkenaan pemuda tersebut.

Mengejutkan, satu video yang dimuat naik oleh Youtube Rusa Entertainment telah kembali menghadirkan satu lagi kontr0versi berkenaan pemuda berusia 27 tahun itu apabila konten yang disajikan memperlihatkan Iqbal menabur duit bernilai RM70,000.

Jelas kelihatan duit-duit yang dibaling berselerakan di atas lantai dengan seorang penyanyi lelaki mengutip dan membal1ng not Rm50 itu kembali.

VIDEO

Rata-rata warganet merasakan yang Iqbal seolah-olah tidak menghormati duit dan bimbang rezeki lelaki berkenaan ditarik oleh Allah S.W.T.

Sumber : YouTube Rusa Entertainment & Terengganu tv

Ada yang puji lagunya bakal melangkah ke AJL. Sekali ramai pulak yang tak sabar dengar kemunculan lagu pertama Iqbal.

Cukup dengan hanya teaser 17 saat dengan bunyi latar hujan, ironi dengan judul lagu usahawan sensasi, lqbal Zulkefli, is sekaligus mencuit perhatian warganet.

Berkongsi teaser lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 dan bintang GV7, Oja, ramai yang semakin teruja menantikan lagu penuh yang akan dilancarkan pada Isnin (1 November 2021) nanti.

“Scene hujan ini dirakann jam 1 pagi sama seperti kejadian sebenar,” cerita Iqbal pada hantaran video tersebut. Lagu yang difahamkan bernilai RM500,000 itu sebelum ini meraih perhatian ramai komposer termasuk dari Indonesia dan penyanyi rap Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories lewat malam Sabtu, Iqbal meminta pengikutnya mengundi untuk menggunakan nama komersial lqbal atau lqbal Zulkefli.

Sementara itu, berikut antara reaksi terawal warganet berkenaan single pertama lqbal yang akan dilancarkan esok.“Okey tak sabar nak dengar, mesti sedap suara ni. Iim waiting,” kata @hasniza_yusoff. “Aku yakin lagu ni akan viral,” tambah @wan jinnnny96. “Ada iras-iras Imran Ajmain. Semoga sukses abang,” tulis @afiff.annran.

“Biar apa orang nak kata janji awak tahu apa yang awak buat dik, semoga berjaya dalam hidup,” tambah @azainipazmiahahmad. “Tahniah, teruskan perjuangan yang penting sabar,” dorong @kimangelyea. “Bakal melangkah ke AJL,” puji @norazira065.

Sumber: Gempak

Makan masa 24 jam untuk siapkan. Iqbal dedah cerita kisah hidupnya dalam lagu Hujan bakal keluar 1 November ini

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu seterusnya sedang mencari komposer bersesuaian bagi tujuan berkenaan.

Lalu menerusi satu hantaran terkini yang dikemas kini jejaka asal Kelantan itu, dia memaklumkan single sulungnya bakal dilancarkan pada 1 November depan. Lagu berjudul Hujan itu turut disertakan dengan muzik video rasmi yang bakal dimuat naik menerusi YouTube.

“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini. 

Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat selain sama-sama menulis lirik bagi lagu berkenaan.

“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman. Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja.

Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” jelasnya lagi. Perkongsian mengenai Hujan mendapat reaksi pelbagai warganet dan sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka.

Sumber: Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*