
Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat menolak untuk menjaga anak mereka.
Dipercayai lelaki tersebut berang kerana pengawal keselamatan di kawasan itu tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal keselamatan kerana meronda kawasan perumahan itu.
Menerusi perkongsian video oleh @Dobetter4Malaysia di laman sosial Facebook semalam, lelaki tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana disebabkan kecuaian sendiri yang meninggalkan anaknya di pos keselamatan.
Berdasarkan video berdurasi 2 minit 16 saat di Facebook, lelaki tersebut memaki hamun dan bertindak mengugut untuk membuat laporan polis kerana pengawal keselamatan menegur akan perbuatannya itu.
Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai berasa marah akan tindakan ibu bapa tersebut kerana tidak berfikir panjang dengan meninggalkan anak mereka di pos pengawal.
“Kepimpinan melalui teladan, anak bagaikan kain putih untuk ibu dan ayah mewarnai, bagi mereka terutamanya di usia yang masih muda, setiap tingkah laku ibu dan ayah itu adalah betul dan berlandaskan ajaran agama,” kata Lua Ping.
“Pengawal itu di bayar gaji untuk jaga kawasan bukan untuk jaga anak orang, anak dengan isteri pun dia tinggalkan sebab nak kerja, ini kau pula yang lebih-lebih nak suruh dia jaga” jelas Kamarul Ariffin.
“Pengawal itu jalankan tugas untuk menjaga keselamatan persekitaran bangunan dan penduduk bukan tugas menjaga anak awak, kita sebagai ibu bapa harus bertanggungjawab atas anak sendiri,” ujar Siti Aishah.
Pihak pengurusan di kawasan itu dipercayai telah membuat laporan polis dan mengeluarkan satu poster memaklumkan seorang penyewa telah memaki hamun pengawal keselamatan serta membuat ugutan selain cubaan melakukan kekasaran fizikal pada pengawal tersebut.
Si Ibu Tampil Beri Penjelasan
Di dalam Twitter seorang pengguna media sosial bernama Mas Amira menjawab apa yang terjadi sebenarnya selepas dia dan suami dikecam teruk dalam media sosial.
“Apabila netizen reply tapi tak tahu cerita sebenar, menampakkan kebodohan dan mentality orang Malaysia kita paras mana..ingat dunia nak akhir zaman…jangan fitnah…suami saya pun dah minta maaf dekat orang tu walaupun dia ada salah tapi dia tak senyum tak apa..Allahuakbar”
Dia menjawab segala persoalan di dalam sosial media Mynewshub
Rupanya ada perkara yang tidak ditunjukkan dalam video.
Sumber: Kosmo Online | Twitter @MasAmira92
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply