Sebelum masuk rumah baru, Black Hanafiah baca ayat Kursi. Sekali suaranya buat ramai terharu

Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanafiah antara penyanyi yang menjadi kegemaran ramai. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mempunyai vokal yang tinggi selain mempunyai suara yang merdu dan lunak.

Juara mentor musim ketiga

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian setelah menjadi juara Mentor musim ketiga dan merupakan anak didik Mas Idayu ketika itu.

Black Hanifah mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian

Selain itu, penyanyi yang juga popular dengan lagu aku rindu sayang kamu ini turut juga berkolaberasi dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti.

Pada tahun 2013, Hanafiah telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah Mohd. Khairi, di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian terbaru di instagram miliknya, Black Hanifah kelihatan mesra semasa berkongsi satu video memasuki rumah baru.

Ustaz Pesan

“ Kalau masuk rumah baru baca sedikit ayat Quran. Saya pilih baca ayat Kursi sebab memang dah hafal dari kecik. Semoga rumah saya menjadi salah satu taman-taman syurga. Semoga anak-anak seronok membesar dalam rumah ni.

“ Kalau ada salah silap dalam bacaan, mohon ustaz, ustazah dan semua tegur yaa”- katanya Di Instagram miliknya

Gambar Ayat Kursi

VIDEO

Selain itu, beliau bukan sahaja penyayi terkenal dan bersuara merdu malah membaca Al-Quran lagi merdu kata seorang warganet.

“ Subhanallah merdunya moga berbahagi bersama keluarga tercinta”- tulis seorang warganet

“ Nyanyi suara sedap apatah lagi mengaji lg la sedap bunyinya “- tulis lagi seorang warganet

“ Merdu sngt suara @black.hanifah Smpai meremang bulu roma dengar…take care black”- tulis netizen di instagram Black Hanifah

“ Ya Allah sedapnya suara Black alunkan ayat Qursy.Ulang 2 3 × pun tak puas dengar.Terbaik Black”- tulis warganet

Melihat kepada video berkenaan, Ramai netizen turut ter.kejut dan terharu apabila mendengar suara merdu dari Black masa memasuki rumah baru.

Pada tahun 2015 pasangan ini dikurniakan anak sulung pertama mereka iaitu bayi lelaki yang diberi nama Khaleef Dayyan. Kemudian, pada tahun 2018  Black sekali lagi dikurniakan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan yang diberi nama Rindu Dayyana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Black Hanifah (@black.hanifah)

 

Sumber: Instagram Black HanifahYoutube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*