“Nak kena gelak ke bila..” Figura badan dipers0al, Bella Dowanna sel4r kenyataan individu ini

Pelakon, Bella Dowanna meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang mempersoalkan mengenai bentuk badannya.

Individu berkenaan dilihat secara terbuka memberitahu, Bella kini kelihatan agak ‘gemvk’ menerusi sebuah foto yang dikongsikan di Instagram stories.

Kata-kata tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Anak Tebing 2 itu. Menurut Bella, sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, diam itu lebih baik.

“Kalau takda benda elok untuk reply story aku, tak payah reply la,” tulisnya.

Rasa beng4ng itu dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter. Tweet berkenaan turut mendapat perhatian seorang lagi netizen yang mengatakan Bella terlalu sensitif bila mendengar perkataan ‘gemuk’.

Lalu Bella membalas, “Lepas tu nak kena gelak ke bila orang panggil gemuk? Dasar tak handsome”.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan selain menasihati Bella supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Ignore je babe . Kita kurus ke gemuk ke bukan nak tunjuk kat orang . Just be yourself. Yang penting love yourself.

“Biasanya jenis ceni bukan satu dua orang je dia sh4ming. Jenis nak perhatian dengan kaedah ejek4n.

“Ye dowh. Some people really have nothing nice to say they better just shut up lol,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Bella kini bakal muncul menerusi drama terbaru yang berjudul Dend4m Malam yang akan ditayangkan di platform penstriman Tonton.

Selain Bella, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil dan ramai lagi.

Bella Dowanna merupakan antara pelakon yang bakal membintangi drama bersiri Titian Takdir, sebuah naskhah arahan Nazir Jamaluddin.

Titian Takdir yang bakal mengisi slot Lestary TV3 Januari ini, antara lain dibarisi Sweet Farhanna, Nadia Brian, Syazuwan Hassan, Raja Atiqullah, Fimie Don dan Fazren Rafi.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim. Menggunakan nama komersial, Bella Dowanna.

2. Lahir pada 18 Mei 2003.

3. Berusia 17 tahun (2020).

4. Berasal dari Ipoh, Perak. Kini menetap di Kuala Lumpur.

5. Memperoleh pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

6. Mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berumur enam tahun.

7. Memulakan karier dengan membintangi iklan komersial produk di televisyen sewaktu usia kanak-kanak, sebelum rezekinya terbuka luas sebagai pelakon drama ketika zaman remaja.

8. Antara drama dibintanginya termasuk Cemburu Seorang Perempuan, Titian Takdir, Asalkan Dia Bahagia, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Miss Kapten Cikgu Waiz.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem M4M4 yang turut ditunjangi Nabila Huda, Faizal Hussein, Nizam Zaidi, Eyra Razali dan Ungku Haris.

10. Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @belladowanna_halim yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 115,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Terjun ke bidang lakonan hasil usahanya menjayakan beberapa sesi ujibakat daripada pihak produksi.
  • Tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang lakonan.
  • Mengidolakan aktres Nabila Huda dan aktor Indonesia, Randy Pangalila.
  • Cita-cita asal ingin menjadi juruterbang.

 

Sumber: MH | iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*