
lsu membabitkan dakwaan pelanggaran kontrak antara penyanyi Zizi Kirana dengan penerbit Datuk Rafiena turut mengaitkan nama aktor Datuk Seri Eizlan Yusof yang pada awalnya ditawarkan menjadi pengarah drama Jamu Nesan.
TampiI menjawab sebarang kekeIiruan, Eizlan, 50, berkata Rafiena sememangnya sudah dimaklumkan bahawa Zizi akan mula berhijab menjelang Ramadan dan dia diminta untuk menyusun jadual penggambaran sesuai dengan hasrat penyanyi tersebut.
” Ikutkan perancangan awal semasa saya ditawarkan untuk menjadi pengarah drama itu, memang Rafiena sudah tahu Zizi akan bertudung menjelang Ramadan. Rafiena pun tanya saya boleh ke habiskan penggambaran sebelum puasa.
” Jadi saya pun berbincang dengan penolong pengarah dan susun jadual penggambaran.
” Berdasarkan perancangan awal memang penggambaran itu boleh habis sehari atau dua hari sebelum Ramadan,” katanya kepada mStar.
Menerusi laporan mStar pada Khamis, Rafiena mendkwa Zizi yang kini sudah berhijab sepenuhnya melanggar kontrak drama Jamu Nesan iaitu pelakon yang terlibat tidak dibenarkan menukar imej sepanjang penggambaran diadakan.
Namun kata Rafiena pihaknya cuba berkompromi dengan isu tersebut kerana menghormati keputusan untuk menutup aurat, bagaimanapun sikap dan kerenah Zizi yang mahu menukar tarikh penggambaran menyebabkan produksi terpaksa menggantikan namanya dengan penyanyi Didi Astillah.
Susulan itu mStar juga menyiarkan kenyataan Zizi yang berkata dia terpaksa berbuat demikian berikutan sudah mempunyai komitmen dengan program televisyen yang did4kwa sudah ditetapkan lebih awal.
Menerusi penjelasannya kepada mStar, penyanyi lagu Eh itu turut mendedahkan yang Eizlan sepatutnya menjadi pengarah drama tersebut sudah menyusun jadualnya dengan baik.
Dalam pada itu, Eizlan memberitahu dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu pelanggaran kontrak antara Zizi dan Rafiena namun hanya menceritakan apa yang berlaku semasa dia ditawarkan menjadi pengarah.
” Saya tak nak komen isu melibatkan pelanggaran kontrak antara Zizi dan Rafiena. Apa yang boleh saya ceritakan hanya berkaitan perancangan awal ketika saya ditawarkan menjadi pengarah projek tersebut.
” Saya hanya beritahu perkara yang terjadi sahaja. Saya tidak mengenali Zizi secara peribadi manakala Rafiena pula memang kami sudah berkawan lama. Tapi saya tak berpihak kepada sesiapa.
” Selepas saya dah tak terlibat lagi dengan projek itu, saya dah tak ambil tahu apa-apa perbincangan seterusnya melibatkan mereka,” ujarnya.
Terdahulu isu dkwaan Zizi Kirana gagal melangsaikan baki penggambaran drama Jamu Nesan arahan Datuk Rafiena menarik perhatian ramai apabila ia melibatkan perubahan imej penyanyi itu yang kini bertudung.
Tampil menjelaskan situasi di pihaknya, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata dia mendapatkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berhubung cadangan pihak produksi agar dia mengenakan rambut palsu.
Katanya seperti yang dinasihatkan mufti, perbuatan memakai rambut palsu ketika dia sudah menutup aurat dengan memakai hijab adalah berd0.sa.
” Saya tak kata pun tak nak teruskan penggambaran. Saya tetap nak teruskan tapi dengan imej bertudung.
” Memang pihak dia (Rafiena) ada alternatif lain seperti memakai rambut palsu tapi saya tetap dengan keputusan nak bertudung.
” Sampaikan saya berjumpa dengan mufti Wilayah Persekutuan untuk bertanyakan pendapat dan mufti pun kata hram untuk pakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja,” katanya.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply