Elly Mazlein kongsi video anak lelakinya. Rambut lebat comel, raih perhatian ramai

Beberapa perkongsian foto di Instagram daripada pelakon dan pengacara, Elly Mazlein yang selamat melahirkan anak kedua iaitu bayi lelaki 23 Oktober lalu mencuri perhatian peminat.

Masing-masing tumpang gembira dan sama-sama teruja menantikan setiap perkembangan bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen itu.

Baru-baru ini, Elly, 41, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ada berkongsi video yang merakamkan momen Haider yang sedang diuruskan oleh Confinement Lady (CL) yang dipanggil Kak Nia.

“Haider bermanja dgn CL Kak Nia dari @natalismothercare la dik. Bukan kak pom je dimanja. Haider pun dimanja juga. Bestnya sangatlah puas hati,” tulis Elly menerusi ruangan kapsyen memberikan kredit.

Posting berkenaan yang sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan turut menerima reaksi pelbagai peminat.Rata-ratanya memuji cara pengurusan bayi yang dilakukan selain tak kurang yang memuji rambut Haider yang lebat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Penyanyi Bungaku Bakawali itu sebelum ini ada memberikan dedikasinya sejurus selamat melahirkan anak keduanya itu.

“Terima kasih abah, suami dan anak, Putri Sara Sefhia sudah jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru. Bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

“Suami, umi dan jururawat membaca surah Yasin, bagi ayat memudahkan bersalin dan doakan saya agar proses bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan. Memang Allah permudahkan. Syukur,” tulisnya di Instgaram sebelum ini.

Untuk rekod, Elly dan suami, Mohamad Azlan Che Nur berkahwin pada Januari tahun lalu.

 

Sumber: Instgaram Elly Mazlein | MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*