
ISU dakwaan Zizi Kirana gagal melangsaikan baki penggambaran drama Jamu Nesan arahan Datuk Rafiena menarik perhatian ramai apabila ia melibatkan perubahan imej penyanyi itu yang kini bertudung.
Tampil menjelaskan situasi di pihaknya, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata dia mendapatkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berhubung cadangan pihak produksi agar dia mengenakan rambut palsu.
Katanya seperti yang dinasihatkan mufti, perbuatan memakai rambut palsu ketika dia sudah menutup aurat dengan memakai hijab adalah berdosa.
“Saya tak kata pun tak nak teruskan penggambaran. Saya tetap nak teruskan tapi dengan imej bertudung. Memang pihak dia (Rafiena) ada alternatif lain seperti memakai rambut palsu tapi saya tetap dengan keputusan nak bertudung.
“Sampaikan saya berjumpa dengan mufti Wilayah Persekutuan untuk bertanyakan pendapat dan mufti pun kata haram untuk pakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja,” kata Zizi Kirana
Isu ini hangat diperkatakan selepas mStar menyiarkan kenyataan Rafiena atau Rafiena Ezanee Ramli, 39, mendakwa Zizi melanggar kontrak drama Jamu Nesan iaitu pelakon yang terlibat tidak dibenarkan menukar imej sepanjang penggambaran diadakan.
“Pengurus saya hubungi produksi tanyakan status saya macam mana tapi pihak mereka kata dah ada pengganti”.
Namun kata Rafiena pihaknya cuba berkompromi dengan isu tersebut kerana menghormati keputusan untuk menutup aurat, bagaimana pun sikap dan kerenah Zizi yang mahu menukar tarikh penggambaran menyebabkan produksi terpaksa menggantikan namanya dengan penyanyi Didi Astillah.
Menjawab isu berkenaan, Zizi berkata dia terpaksa berbuat demikian berikutan sudah mempunyai komitmen dengan program televisyen yang didakwa sudah ditetapkan lebih awal.
Menurut isteri kepada aktor Yusuf Bahrin ini, dia hanya mengetahui wataknya sudah digantikan dengan pelakon lain selepas dimaklumkan pengurusnya.
“Soal tarikh pula, memang pihak produksi ada cadangkan tarikh baru untuk penggambaran tapi mereka maklumkan saat-saat akhir. Kebetulan tarikh yang mereka cadang tu saya dah ada program lain sudah lock.
“Pengurus saya pun bagi tarikh lain… tapi mereka nak bincang dahulu. Tunggu punya tunggu pihak mereka senyap saja. Sampailah pengurus saya dapat tahu yang mereka dah gantikan watak saya dengan pelakon lain.
“Pengurus saya pun hubungi produksi tanyakan status saya macam mana. Tapi pihak mereka kata dah ada pengganti,” ujarnya.
Tambah Zizi isu ini sepatutnya tidak timbul jika segala perancangan dapat dilaksanakan mengikut jadual sebelum dia memakai tudung sepenuhnya.
Bagaimanapun perancangan terganggu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila aktiviti seni tidak dibenarkan.
“Saya terima tawaran itu pada Mac lalu dan ketika itu belum berhijab tapi pengurus sudah memaklumkan kepada produksi yang saya akan bertudung pada bulan Ramadan (April).
“Datuk Eizlan Yusof yang sepatutnya jadi pengarah drama itu dah susun jadual saya agar bulan Ramadan dapat selesaikan penggambaran.
“Tapi apabila dah mula penggambaran, Datuk Eizlan tak jadi pengarah pula. Lepas itu, penggambaran ditangguhkan sebab PKP.
“Apabila dah mula dibenarkan penggambaran semula, saya dah memang berhijab. Saya bersama pengurus pun ada berbincang mengenai imej saya dengan Rafiena menerusi Google meet,” katanya.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply