
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 akan disalurkan kepada isi rumah yang mempunyai anak lebih tiga orang dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan berbanding jumlah sebanyak ini RM 1,800 dibawah Bantuan Rakyat Prihatin.
Selain itu katanya, ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.
‘Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM2,500.
“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima dengan melibatkan RM8.2 bilion,” katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Ibu Atau Bapa Tunggal Yang Ada Tanggungan Dapat RM 500
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM500 kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.
Menurutnya, ia bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.
Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Sumber : RTM via Siakap Keli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply