
Pelakon Fizo Omar hanya berkenalan dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 21 Oktober lalu.
Fizo berkata, Fazeera adalah seorang pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.
“Sebenarnya kami baru kenal setahun. Dia adalah pramugari di Doha sebelum ini dan pulang ke tanah air ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu.
“Dalam tempoh PKP kami terjumpa di suatu tempat dan ketika itulah bibit perkenalan bermula dan bercinta,” katanya berkongsi perkara berkenaan dalam sesi soal jawab di Instagram Story.
Menurut Fizo, dia bersyukur kerana hubungan mereka mendapat ‘lampu hijau’ daripada puteri tercintanya, Wan Maryam Wan Hafizol, 4.
“Apa yang paling penting Maryam okey dengan dia,” katanya.
Pada 21 Oktober lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.
“Orang Sarawak tak pernah tengok lembu..”- usikan Fizo dengan isteri mencuit hati
Pasangan sama cantik sama padan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada minggu lalu. Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Aziz yang berasal dari Sarawak juga dikatakan bekas pramugari, kelihatan sedang bercuti di kampung halaman Fizo, Kelantan.
Baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik Instagram Story berbunyi “bawak laksa serawak balik make budu di klate.” Aktor itu ingin membawa isterinya pulang bercuti di kelantan dan memperkenalkan budu.
Selain daripada itu, video terbaru yang dimuat naik Fizo amat mencuit hati kerana kelihatan dia sedang menyakat isterinya yang dikatakan tidak pernah melihat lembu.
VIDEO
Dalam pada itu, jelas karekter isterinya seperti menyukai aktiviti lasak sama seperti Fizo Omar yang seperti kita tahu juga amat meminati sukan ekstrem terutamanya ATV.
Tambahan lagi, tanah 10 ekar peninggalan arwah bapa usahawan, pelakon dan pengacara Fizo Omar yang kini dijadikannya tempat sukan aktiviti lasak. Rocky ATV Park milik Fizo ini terletak di Jalan Haji Wan Omar, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
Buat masa ini tempat rekreasinya hanya mempunyai 15 buah ATV dan tidak lama lagi ianya akan ditambah sebanyak 15 unit lagi. Bayaran yang dikenakan adalah yang termurah di pasaran iaitu RM60 bagi satu sesi ATV 150cc dan 200cc sebanyak RM90.
Kecantikan isteri baru Fizo Omar jadi bualan, sekali nama artis lain juga yang naik
Beberapa hari lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar menjadi teka-teki peminat selepas dia didakwa bakal berkahwin namun akhirnya ia terjawab selepas dia juga memuat naik foto gadis pilihan hatinya itu kepada umum.
Meskipun pada awalnya foto Fizo Omar bersama puterinya, Maryam hangat menjadi bualan peminat namun menerusi ruangan Instagram, Fizo Omar berkongsikan pula beberapa keping foto di majlis bahagianya dengan seorang gadis Sarawak yang dikenali sebagai, Fazeera Nazri Aziz.
Pun begitu, selepas jelas mengenai perkahwinan Fizo Omar yang menamatkan zaman dudanya pada Jumaat lalu, isteri pelakon ini iaitu Fazeera ternyata menjadi perhatian umum.
Ini kerana kecantikan isteri Fizo Omar menarik tumpuan para peminat dimana Fazeera menerima pujian ramai dengan wajah jelitanya itu.
Menerusi satu perkongsian di ruangan TikTok, isteri Fizo Omar dilihat bersama meluangkan masa di sebuah tempat dan sedang melakukan aktiviti tetapi tidak semena-mena kelibat mereka dalam video yang dikongsikan menjadi tumpuan umum dengan meraih ribuan tanda suka.
VIDEO:
Perkongsian di ruangan TikTok itu bersama satu rakaman video ternyata turut menerima ratusan komen daripada netizen dimana melalui respon-respon netizen di video itu, kecantikan isteri Fizo Omar turut disamakan dengan beberapa selebriti tanah air.
Reaksi warganet
“Cantik sangat…”
“Macam Wawa Zainal…”
Sumber: HM online | IG Fizo Omar | HCL | youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply