
Bekas pengurus usahawan sensasi, Sajjat, Nurnilam Sari bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terkenal, Harith Iskander berhubung kandungan temu bualnya bersama usahawan tersebut di platform Facebook yang didakwa berat sebelah.
Menurut Nurnilam, dia mendakwa Harith sebagai hos temu bual berkenaan membenarkan orang yang bers.alah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.
“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada Harith Iskander kerana membenarkan orang bers.alah bercakap mengenai kes penipuan yang telah diadili di m.ahkamah. Mencemarkan maruah dan reputasi.
“Bila seseorang menjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara, serta cuba membuat fakta yang salah. Jadi, hati-hati Harith dengan temu bual anda secara siaran langsung,” katanya di Facebook.
Mengulas lanjut, Nurnillam mend.akwa usahawan tersebut banyak memutarbelitkan fakta dan menjelaskan i.su m.ahkamah berkaitan dengan cara salah.
Dia yang dikatakan menjadi m.angsa melibatkan usahwan itu tampil menyelar apa yang telah diperkatakan oleh usahawan itu.
“Banyak betul putar belit kau ya. Nak sangat ke aku mend.edahkan semua bukti kau masa dekat m.ahkamah. Bukti dalam m.ahkamah ini perkara yang tidak boleh ditipu ya. Fakta bukan auta.
“Eh tiba-tiba kata kita Perhubungan Awam (PR) dan Pemasaran mengurus stokis. Salah itu. Kita Pengurus Besar awak dulu, penc.acai mengurus segala untuk awak. Sampai duit kita pun pinjam berjuta kan. Cakap serupa ular,” de.dahnya lagi menerusi entri berkenaan.
VIDEO
Bagaimanapun, Harith memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu seperti yang dikatakan berat sebelah semasa temu bual secara langsung itu.
Jelas Harith di Facebook, dia hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan dari mulutnya sendiri.
Sekadar informasi, dalam temu bual tersebut usahawan k.ontroversi itu telah menceritakan kronologi yang terjadi dalam hidupnya berhubung beberapa isu sehingga mengambil t.indakan melarikan diri ke luar negara.
Harith Iskander Tampil Dengan Penjelasan Berikut
Enggan mengeruhkan keadaan, pelawak versatil, Harith Iskander teguh dengan pendiriannya tidak mahu mengulas lanjut susulan isu bekas pengurus usahawan k0ntroversi, Nurnilam Sari yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Semalam, kecoh dalam ruang media sosial apabila Nurnilam yang juga merupakan sepupu mendakwa temu bual Harith dalam rancangan What’s Going On Malaysia yang disiarkan dalam Facebook bersifat berat sebelah sehingga menjejaskan reputasinya.
Harith bagaimanapun bertegas, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengacara program terbabit dan tidak berniat meny4kiti hati mana-mana pihak.
“Saya bukan wartawan penyiasatan ataupun seorang hakim. Kita semua tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi mana-mana pihak. Berkenaan ugut4an sepupu dalam media sosial, saya tiada komen.
Saya percaya pasukan saya telah menghubunginya Nurnilam. Apapun yang orang cakap, baik atau bruk, sebagai orang Islam, kita bertanggungjawab untuk menebarkan kasih sayang dan kebaikan tidak kira sama ada buruk sesuatu situasi itu.
“Pihak saya telah menerima banyak komen yang menjijikkan. Saya hanya mendoakan kebaikan untuk semua orang dan teruskan kehidupan seperti biasa.
“Sebagai seorang netizen yang bertanggungjawab, kita perlu ingat yang kita punya peranan untuk menyebarkan hanya perkara-perkara baik dalam ruang media sosial demi kebaikan semua orang terutama status kes.ihatan m.ental mereka,” kata Harith ketika dihubungi menerusi isteri yang juga pengurusnya, Dr Jezamine Lim.
“Untuk pengetahuan semua, What’s Going On Malaysia merupakan rancangan bual bicara saya berbicara dengan para tetamu tentang i.su-i.su semasa untuk masa depan lebih baik negara ini.
“Saya pernah temu bual Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tun Dr. Mahathir, Nurul Izzah, Syed Saddiq, Tony Fernandes dan saya tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak, terutama berkaitan parti-parti p.olitik. Rancangan kendalian saya itu bersifat neutral,” kata Harith lagi.
Sumber: Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply