Menteri Kesihatan dedah ada ujian klinik4l vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ini respon Mila Jirin kepada KJ

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan ujian klinikal vaksin Covid-19 Sinovac untuk kanak-kanak tiga hingga 11 tahun.

Malah Mila tidak akan membenarkan satu-satunya anaknya, Mohd Ariff Zikri, 4, untuk menyertai ujian tersebut.

“Maaf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kami ibu atau bapa tak akan biarkan anak-anak kami sertai ujian itu. Harap maklum,” tegasnya.

Mila berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Semalam, Khairy berkata mengenai rancangannya itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada KKM sudah meneliti kesesuaian serta keberkesanan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pun begitu, Mila dalam masa yang sama menafikan dirinya adalah seorang anti vaksin, namun kali ini dia tetap dengan pendiriannya.

“I am not anti-vaccine or pro-vaccine. I am vaccinated. To achieve Herd immunity…But for a child ” I SAID NO ‼”” tegasnya lagi.

Kemas kini Mila itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya yang rata-rata bersetuju dengan pendiriannya.

“Dah lah saya nak dapatkan anak punya susah … nak suruh jadi bahan kajian? Memang tak lah.!,” komen salah seorang pengikutnya.

“Sudah-sudah tu jadi bahan uji. Ingat nyawa ni apa? Mak ayah dah berkorban, cukuplah,” tegas salah seorang warga maya.

Malaysia dipilih kaji vaksin Sinovac kanak-kanak bawah 12 tahun

MALAYSIA terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kajian yang membabitkan 10 lokasi itu merangkumi lapan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bakal dimulakan hujung bulan ini.

Beliau memberitahu, kajian itu akan diselaraskan oleh Kajian Klinikal Malaysia (CRM) dengan penglibatan Institut Penyelidikan Klinikal.

“Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

“Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV).

KKM sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti- bukti saintifik melalui kajian klinikal atau Real World Data,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

 

Sumber : Gempak | Edisi9

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*