
“Abang, kita sudah kahwin, abang perlu sentiasa menjaga ahli keluarga kita.”
Itulah kata-kata Siti Saraf Ismail, 25, kepada suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd. Aziz, 25, selepas pasangan itu selamat diijab kabul di Kampung Karang, Banggu di sini pukul 11 pagi pada Sabtu lalu.
Pasangan raja sehari itu juga mahu membina mahligai bahagia bersama sehingga ke anak cucu, namun impian tersebut tidak kesampaian apabila Siti Saraf dijem.put Ilahi dalam tempoh 24 jam selepas bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal.
Cinta hati Mohamad Amirul Akmal mninggal dnia akibat pendrah4n 0tak di Ho.spital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
Walaupun perit untuk menerima hakikat kehilang4n isterinya yang juga kakitangan bahagian pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya, namun Mohamad Amirul Akmal terpaksa menerima hakikat itu.
Menceritakan semula mengenai kejadian itu, Mohamad Amirul Akmal yang bekerja sebagai pembantu perubat4n di Putrajaya berkata, ketika dia sedang tidur, isterinya telah mengejutkannya.
“Isteri saya memaklumkan dia mengalami s4kit kepala kira-kira pukul 3 pagi pada Ahad lalu. Saya kemudian terus berada di sisi menjaganya sehingga ke pagi.
“Sepanjang tempoh itu, saya lihat Siti Saraf berada dalam keadaan baik dan masih tidur. Selepas itu, saya dan keluarga dikejutkan dengan keadaan Siti Saraf yang tiba-tiba se.sak nafas.
“Ketika itu, kami semua berada dalam keadaan ce.mas melihat situasi tersebut. Saya kemudian menghubungi am.bulans,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Karang, Banggu di sini semalam.

Mohamad Amirul Akmal memberitahu, bantuan am.bulans terpaksa diminta selepas isterinya dilihat memerlukan bantuan ok.sigen dengan kadar segera.
Katanya, am.bulans kemudian tiba tepat di rumah pukul 12 tengah hari kelmarin.
“Isteri saya kemudian dibawa ke HUSM, namun disahkan me.ninggal dunia pukul 12.30 tengah hari (kelmarin).
“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pula, doktor mengesahkan arwah me.ninggal dunia akibat penda.rahan dalam otak sebelah kanan,” ujarnya.
Allahyarham Siti Saraf selamat dike.bumikan di Tanah Perkubu.ran Islam Kampung Karang kelmarin.
Terdahulu, kisah sedih pasangan raja sehari itu turut tular di media sosial selepas dikongsikan rakyat Malaysia yang rata-rata bersimpati dengan kejadian yang menimpa mereka berdua.
Rata-ratanya menitipkan doa kepada arwah dan memberi kata-kata semangat kepada Mohamad Amirul Akmal untuk menjalani kehidupan dengan tabah selepas ini.
Sumber: kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply