Pengacara terkenal Maria Tunku Sabri sa.kit, pohon doa orang ramai

Pengacara Maria Tunku Sabri terpaksa dikejarkan ke Pusat K.uarantin dan R.awatan C0vid 19 Bersepadu PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Maeps, Serdang sebelum ini selepas g.agal bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam gara-gara dij.angkiti C0vid 19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Maria turut berkongsi perjalanannya dibawa menaiki ambulans ke PKRC untuk r.awatan walaupun tempoh k.uarantinnya cuma berbaki tiga hari untuk tamat.

“Pengakhirannya saya ke Maeps. Lagi tiga hari sahaja k.uarantin, saya diarah ke Klinik Kes.ihatan Hulu Klang. Saya g.agal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam. Allahuakbar, subhanallah, aku reda Ya Allah. Aku terima s.akit pengh.apus d.osa, insya-Allah,” tulisnya.

Ketika ambulans yang membawanya tiba di Maeps, bekas pengacara program Jalan Jalan Cari Makan itu sempat memohon maaf. Dia turut meminta pengikutnya dalam Instagram supaya mendoakan kesejahteraan dirinya agar sembuh daripada C0vid 19.

“Okey, ambulans dan sampai. Dari tadi menunggu tak sabar untuk ke Maeps sebab nak sihat cepat. Doakan saya semua kawan-kawan, saudara-mara, sedekahkan saya al-Fatihah. Saya sayang semua,” ujar Maria yang dilihat turut mencium tangan dan meminta maaf kepada suaminya.

Ketika berada di dalam ambulans, Maria dilihat turut mengalirkan air mata dan menangis kerana berasa gementar untuk dibawa ke PKRC bagi menjalani r.awatan dan k.uarantin di sana.

“Dugaan Allah SWT untuk saya dan suami. Saya reda, mungkin ada yang lebih baik Allah SWT dah aturkan untuk kami. Buat rakyat Malaysia, jangan ambil mudah C0vid 19. Jika tidak ada gejala lagi b.ahaya. Tolong doakan kami sihat ya,” jelasnya.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai rakan artis turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pengacara itu dan mendoakan agar Maria bersama suaminya sembuh seperti sediakala.

“Syafakillah kak. Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” ujar pelakon dan juga penyanyi, Erra Fazira.

“Awak kuat dan semoga cepat sembuh. Kami akan sentiasa mendoakan akak dan juga keluarga,” kata Farahdhiya.

Terdahulu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik Maria dalam Instagram miliknya tiga hari lalu, bekas pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) itu ada berkongsi peristiwa berkemungkinan dia dij.angkiti C0vid 19 daripada suaminya ketika berada di Ipoh, Perak.

Keadaan Terkini Beliau

“Saya mohon maaf jika ada salah silap dengan sesiapa sahaja. Kepada anda semua yang menonton, ahli keluarga, kawan-kawan, kalau saya ada termakan dan terminum harap halalkan.

“Saya maafkan semua orang dan halalkan makan minum suami, anak-anak dan kawan-kawan. Sampai kita berjumpa lagi,” kata pengacara Maria Tunku Sabri dalam nada sebak menerusi video di Instagram.

Pengacara terkenal yang pernah mengendalikan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini terpaksa dikejarkan ke Pusat K.uarantin dan R.awatan C0vid 19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 21 Oktober lalu selepas bacaan darah tinggi rendah, degupan jantung laju dan demam.

Maria berkata, dia memohon maaf kerana tidak memuatkan sebarang khabar berita darinya ketika ini kerana mahu berehat.

“Saya nak pulihkan s.akit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut . Apa nak buat, sakit kan. Bacaan oksigen dan d.arah tinggi normal, cumanya k.uman dalam d.arah semakin mengg.anas.

“Saya perlukan rehat yang banyak. Sudah lima, enam hari tak buat hantaran di Instagram. Tak larat sangat dan masa cakap pun batuk. Memang tak boleh nak cakap banyak sangat. Minta semua doakan saya agar saya kembali pulih dan balik rumah,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat lebih 50,000 tontonan serta simpati dari rakan industri serta peminat. Mereka mendoakan agar Maria tabah dan sembuh seperti sediakala.

 

Sumber: Kosmo | HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*