
Beberapa hari lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar menjadi teka-teki peminat selepas dia didakwa bakal berkahwin namun akhirnya ia terjawab selepas dia juga memuat naik foto gadis pilihan hatinya itu kepada umum.
Meskipun pada awalnya foto Fizo Omar bersama puterinya, Maryam hangat menjadi bualan peminat namun menerusi ruangan Instagram, Fizo Omar berkongsikan pula beberapa keping foto di majlis bahagianya dengan seorang gadis Sarawak yang dikenali sebagai, Fazeera Nazri Aziz.
Pun begitu, selepas jelas mengenai perkahwinan Fizo Omar yang menamatkan zaman dudanya pada Jumaat lalu, isteri pelakon ini iaitu Fazeera ternyata menjadi perhatian umum.
Ini kerana kecantikan isteri Fizo Omar menarik tumpuan para peminat dimana Fazeera menerima pujian ramai dengan wajah jelitanya itu.
Menerusi satu perkongsian di ruangan TikTok, isteri Fizo Omar dilihat bersama meluangkan masa di sebuah tempat dan sedang melakukan aktiviti tetapi tidak semena-mena kelibat mereka dalam video yang dikongsikan menjadi tumpuan umum dengan meraih ribuan tanda suka.
VIDEO:
Perkongsian di ruangan TikTok itu bersama satu rakaman video ternyata turut menerima ratusan komen daripada netizen dimana melalui respon-respon netizen di video itu, kecantikan isteri Fizo Omar turut disamakan dengan beberapa selebriti tanah air.
Reaksi warganet
“Cantik sangat…”
“Macam Wawa Zainal…”
Terdahulu..
Baru jer nikah semalam, Fizo Omar ‘naik angin’ isu babit isteri barunya. Fizo tampil siap dedah bukti
Baru-baru ini, netizen digemparkan dengan status perkahwinan pelakon tanah air, Fizo Omar yang hangat diperkatakan ramai orang. Hantaran itu termasuklah gambarnya yang lengkap memakai baju Melayu bewarna putih disamping anak tunggalnya, Wan Maryam.
Bagaimanapun, persoalan itu akhirnya terjawab apabila Fizo telah berkahwin dengan seorang wanita kelahiran Sarawak, Fazeera Nazri Azrai di sebuah majlis tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
View this post on Instagram
Fizo Omar berang, individu guna nama isterinya buat akaun palsu
Selepas pengumuman perkhabaran gembira itu, dilihat pelakon berusia 36 tahun itu sedang giat memuat naik semula ucapan tahniah rakan-rakannya melalui Insta Story.
Namun, melalui salah satu perkongsian itu, Fizo Omar juga turut tampil mendedahkan beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan wajah isterinya.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar telah memuat naik tangkap layar mengenai akaun Instagram palsu isterinya itu yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Selain itu, terdapat juga beberapa akaun Instagram palsu yang menyatakan bahawa media sosial itu adalah asli milik isteri Fizo selain memuat naik gambar mengenai perkahwinan mereka.
Bertindak dengan perkara itu, pelakon itu juga meminta agar netizen tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya. Ini bukan Instagram rasmi isteri saya. Berhenti mengikuti individu yang entah siapa.
Selain itu, Fizo juga turut memberikan amaran kepada pemilik-pemilik akaun tersebut agar berhentikan menggunakan nama orang lain bagi kepentingan peribadi.
Sumber: HCL | youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply