Wanita ini dedah perangai ‘gatal’ Shuk Sahar ketika temubual di konti HotFM, sekali Shuk tampil dengan cerita sebenar

Selepas terpalit dengan kontroversi video mengaibkan aktres Raja Farah, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terus-menerus menjadi tumpuan ramai.

Kali ini, Shuk didakwa ‘menggatal’ dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020. Enggan mendiamkan diri, Shuk tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz.

Menerusi akaun Instagram, Shuk menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menafi dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa.

Salam. Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak.

Sebab memang saya langsung tak kenal awak. Saya berborak dengan awak pun tak. Kalau betul, apa double meaning yang saya cakap pada awak. Saya bukan la sebarang orang nak bergurau macam tu. Isu Jamil twitter? Saya tak ingat pun saya bergurau dengan awak.

Kalau awak nak judge saya berdasarkan isu rumah 107, saya rasa awak tak tau apa pun yang jadi sebenarnya.

Tunggu surat saman

“Kalau kira saksi, dalam room tu ada 2 orang lelaki dan seorang lagi perempuan (my sister). Samada 2 orang lelaki lagi tu nak mengaku atau tidak je lah. Tapi tak takut pun. Buatlah apa nak buat pun Shuk” Ayu Aziz

Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan ‘panas’ itu .

Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini fitnah atas saya, saya akan guna cara legal. Awak tunggu ja la surat saman dari saya.

Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan. Di bawah ini disertakan sekali tangkapan skrin (screenshot) perbualan antara Shuk dan Ayu Aziz:

Gadis tersebut turut memberi peringatan kepada Shuk supaya jangan anak-anak dia buat perkara sama.

Terdahulu..

Shuk pun mohon maaf

Pengacara Shuk Sahar, 35, memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung selepas menonton rakaman program bual bicara Rumah No 107 yang turut menampilkannya sebagai pengacara berkenaan perkongsian cerita babak r0gol pelakon Fauzi Nawawi terhadap Raja Farah dalam filem Anak Halal menerusi program itu, baru-baru ini.

Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

“Bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati selepas menonton program itu. Saya tiada niat apa-apa pun.

“Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik,” katanya.

Perkongsian Fauzi mengenai pengalamannya menjayakan watak per0gol yang mer0gol Raja Farah dalam filem Anak Halal pada 2007 lalu dikecam pelbagai pihak termasuk Raja Farah dan suaminya.

Bagaimanapun, Fauzi dan seorang lagi pengacara, Khir Rahman sudah membuat permohonan maaf semalam.

Selain Fauzi, Shuk turut dikec4m kerana netizen mendakwa dia menjadi punca pelakon itu tampil berkongsi babak rogol yang dilakonkannya selepas dia bertanya kepada Fauzi mengenai watak berkenaan.

Shuk berkata, dia tidak berniat untuk melarikan diri dari mengulas mengenai isu itu.

Dia juga memilih untuk mengunci mulut sebelum ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia panas.

“Sejujurnya saya bukan hendak melarikan diri, tetapi isu ini membabitkan banyak pihak dan bukan saya seorang saja. Oleh itu, sebolehnya saya tidak mahu mengulas lebih lanjut.

“Saya risau jika tersalah cakap, ia akan memberi impak ngatif kepada pihak lain. Saya bukan melarikan diri, sebaliknya risau tersalah cakap,” katanya.

 

Twitter @ayuazizz via Oh Bulan | HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*