Tidak akan pulang ke Malaysia dan rasa selamat di Australia, Sajat akhirnya mengaku siapa dia sebenarnya

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat hari ini mengaku dia merupakan seorang ‘transg3nder’.

Menerusi video ‘live’ di akaun TikTok miliknya, Nur Sajat berkata, dia takut untuk mendedahkan mengenai perkara itu semasa tinggal di Malaysia kerana bimbang bisnesnya akan terjejas susulan kecaman yang bakal diterima daripada orang ramai.

“Sajat takut kena kecam, saya usahawan (jadi) kalau boleh tak nak beritahu orang ramai. Biarlah mereka (rakyat Malaysia) kenal kita sebagai Nur Sajat, perlu ke cerita latar belakang hidup kita pada orang lain,” katanya.

Menurut Nur Sajat, dia mahu berkongsi kejayaannya dalam perniagaan pada orang ramai, bukannya mahu menjaja cerita tentang dirinya sebagai ‘transwoman’.

“Sajat nak berkongsi pasal kejayaan, bukannya nak bercerita tentang diri sendiri lainlah kalau kita ini ‘jual diri’ bolehlah kita bercerita tentang diri sendiri.

“Di sini saya mengaku saya merupakan ‘transwoman’. Faham ‘woman’ ialah perempuan cuma membezakannya ialah perkataan ‘trans’ kira saya ini memang perempuan pun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nur Sajat turut menjelaskan syarikat Owa Resources itu yang menfailkan saman terhadap beliau sebelum ini merupakan sepupunya sendiri.

“Mereka sebenarnya bekas pekerja Sajat di bahagian pemasaran. Saya dah bincang dengan keluarga sepupu untuk membuat bayaran secara ansuran, tapi di pihak sana mereka tak nak (tolak),” ujarnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Nur Sajat berhijrah ke Australia dan ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia untuk memulakan hidup baharu selepas menjadi pelarian di Thailand setelah lari dari negara ini pada Februari lalu .

VIDEO

Terdahulu..

“Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung” adik Sajat mula bersuara

Setelah sekian lama memendam perasaan tentang kontroversi membabitkan usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, adiknya Nur Mustika akhirnya tampil meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ujar Mustika, dia begitu terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya yang kini dilihat sedang menikmati saat bahagia setelah didakwa berjaya melarikan diri ke Austalia.

“Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, jadi buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia.

“Tapi dugaan bukan kecil apabila aku sebagai perempuan kena tanggung perbuatan dia selama ni.

VIDEO

“Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung,” katanya menerusi mesej yang dikongsikan kepada mStar pada Selasa.

Luahan berkenaan dibuat sehari selepas mStar melaporkan tentang berita yang mendakwa Sajat kini berada di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Thailand.

Difahamkan kemarahan Mustika terhadap Sajat turut berpunca daripada sikap netizen yang bertindak ‘menyer4ng’ platform media sosialnya dengan pelbagai hinaan dan tohmahan.

Bukan itu sahaja, Mustika turut kesal apabila ada segelintir media dan blog tersalah menggunakan fotonya bagi mengiringi berita berkaitan Sajat.

“Kesiannya netizen dpt maklumat salah. Kalau mana yang tak tahu ini gambar Mustika dan bukan gambar Sajat… dah tentu ramai datang Instagram ni serang,” tulisnya pada kapsyen bersama posting tangkap layar daripada sebuah portal berita.

Kata Mustika lagi, reputasinya sebagai influencer juga terjejas dengan kontroversi Sajat.

IKA

Mustika pernah berkongsi cerita kepada mStar dalam pertemuan pada September lalu.

“Reputasi busuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

“Banyaknya pengalaman sejak kes Sajat ni. Media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi dengan hidup seseorang tu pun mereka tak peduli,” katanya.

Sementara itu menurut Mustika, paling mengecewakan apabila kontroversi membabitkan Sajat turut menjejaskan anaknya.

“Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?

“Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA,” katanya.

 

Sumber : Kosmo Online! | mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*