
IPOH – Pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, sempat membuat persembahan di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke H.ospital Slim River pada Ahad.
Anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25, berkata, bapanya yang bermain keyboard sedang memainkan lagu Apokalips di hadapan ahli keluarganya.
“Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.
“Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke h.ospital. Papa memang ada sakit jantung,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini pada Ahad.
Menurutnya, Allahyarham sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk Kampung Pisang Berbuah Dua Kali minggu hadapan.
“Masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa speed untuk siapkannya. Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat,” katanya.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di H.ospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.
Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.
VIDEO
Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.
J.enazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.
Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama menerusi filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario.
Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasil francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.
Awie Beritahu Mesej Terakhir
Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie mengakui tidak dapat menahan rasa sebak di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal, Mamat Khalid yang mening.gal dunia tengah malam tadi.
Menurutnya, sebelum mendapat berita Mamat Khalid, beliau menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat dijawab kerana sedang menjalani penggambaran.
“Melihatkan nombor rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan memikirkan sesuatu yang tidak baik berlaku. Apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi j.enazah Mamat Khalid di kediaman pengarah dan penerbit itu di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini hari ini.
Menurutnya, beberapa minggu lalu, arwah ada menghantar mesej di aplikasi Whatsapp mendoakannya cepat sembuh.
“Love you bro, cepat-cepat sembuh’, itu mesejnya kepada saya. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini. Dia turut bertanya khabar saya,” katanya.
Menurut Awie, kali terakhir dia berjumpa dengan Mamat ialah pada tayangan Kampung Pisang Muzikal.
VIDEO
Katanya, arwah disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang naik kepada semua kru, seorang yang periang walaupun nampak g.arang.
“Dia penghibur di kala ada orang yang berm.asalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak yang lebih baik.
“Dia yang membawa saya hingga kekal sebagai watak Husin. Sehingga ke akhir arwah memanggil saya dengan watak itu,” katanya.
Sumber: UN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply